Saturday, December 12, 2009

:: Hakikat Doa ::

Doa merupakan tanda pergantungan, pengharapan, rintihan dan permohonan seorang hamba kepada Allah swt. Firman Allah swt dalam surah Ghafir ayat ke-60 :

وَقَالَ رَبُّڪُمُ ٱدۡعُونِىٓ أَسۡتَجِبۡ لَكُمۡۚ إِنَّ
ٱلَّذِينَ يَسۡتَكۡبِرُونَ عَنۡ عِبَادَتِى سَيَدۡخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ


Maksudnya : "Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang yang sombong takbur daripada beribadah dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina."


Allah swt berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 186 :

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِى عَنِّى فَإِنِّى قَرِيبٌ‌ۖ أُجِيبُ دَعۡوَةَ ٱلدَّاعِ إِذَا دَعَانِ‌ۖ فَلۡيَسۡتَجِيبُواْ لِى وَلۡيُؤۡمِنُواْ بِى
لَعَلَّهُمۡ يَرۡشُدُونَ


Maksudnya : "Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka sentiasa dalam kebenaran."


FirmanNya lagi menerusi surah al-A'raf dalam ayat ke-180 :

وَلِلَّهِ ٱلۡأَسۡمَآءُ ٱلۡحُسۡنَىٰ فَٱدۡعُوهُ بِہَا‌ۖ وَذَرُواْ ٱلَّذِينَ يُلۡحِدُونَ فِىٓ أَسۡمَـٰٓٮِٕهِۦ‌ۚ سَيُجۡزَوۡنَ مَا كَانُواْ
يَعۡمَلُونَ


yang bermaksud : "Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepadaNya dengan menyebut nama-nama itu dan pulaukanlah orang-orang yang berpaling dari kebenaran dalam masa menggunakan nama-namaNya. Mereka akan mendapat balasan mengenai apa yang mereka telah kerjakan."


Rasulullah bersabda yang bermaksud : "Doa itu adalah ibadah, Allah swt berfirman: Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan ku perkenankan untuk kalian." (Riwayat Abu Daud no.1479, al-Tirmizi no. 3247, Sahih al-Jami' al-Saghir no. 3407.)


Menurut Nabi saw, Allah swt berasa malu jika menolak permintaan hambaNya yang memohon kepadaNya sebagaimana sabda nabi yang bermaksud : "Sesungguhnya Tuhan kamu yang Maha Suci lagi Maha Tinggi ini sangat pemalu lagi mulia. Dia malu terhadap hambaNya yang mengangkat tangan berdoa, tiba-tiba tidak diberiNya permintaan itu." (Riwayat Abu Daud no 1488 dan al-Tirmizi no. 3556. Ibnu Hajar mengatakan sanadnya adalah jayyid, Sahih al-Tirmizi no. 179)


Kesimpulannya.. doa merupakan ibadah. Maka dengan itu berdoalah wahai sahabat-sahabatku, kerana Dia Maha Mendengar, kerana Dia akan mendengar segala rintihan dan keluh kesahmu dalam apa jua keadaan. Yang paling penting, jauhkan diri kita dari berprasangka buruk dengan Allah.. Lebih Kasih SayangNya kepada kita, lebih besar ujian yang ditimpa ke atas kita.



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Wahai sahabat-sahabat serta adik-adikku yang dikasihi kerana Allah, jika semalam jalan yang kita tempuh terasa sukar, namun kita berjaya melaluinya dengan pertolongan dariNya, dan jika jalan hari ini terlalu sukar ditempuh, yakinlah Allah bersama-sama kita ketika ini. Jika esok kita lihat lorong-lorong jalan penuh duri, percayalah Allah dan pertolonganNya juga akan bersama-sama dengan kita esok. Jangan sekali-kali kita berputus asa dengan rahmat Allah..

Wednesday, December 09, 2009

.:: Pembahagian Taqwa ::.

Tingkatan Taqwa menurut al-Kalbi dalam tafsirnya terbahagi kepada 5 iaitu:
  • Takut kepada kufur, ini merupakan maqam Islam
  • Takut melakukan maksiat, ini adalah maqam Taubat
  • Takut melakukan hal yang syubhah, ini merupakan maqam wara'
  • Takut melakukan hal yang harus, ini tingkatan orang yang zuhud
  • Takut jika terfikir selain daripada Allah. Ini merupakan tingkatan orang yang sampai kepada tahap musyahadah (Ihsan yang tertinggi)

Tuesday, December 01, 2009

"Izinkan abang nikah lagi satu.."


“Sayang, Abang minta izin untuk nikah sorang lagi,” Aliyah yang sedang melipat kain, terdiam seketika. Mungkin terkedu. Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak. Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV, sementelah TV juga dipasang. Tapi, ahh bukanlah. TV sedang menayangkan iklan Sunsilk, mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk?

Dia menghela nafas panjang.

Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum. Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang. Segelas air sejuk diteguk perlahan. Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya, mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur. Dahulu, semasa puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini, anak-anak kian beranjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin. Pengabisannya dia kembali kepada suaminya.

Asraf Mukmin hanya diam, membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluarga hampir 16 tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah. Namun, kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah.

“Kau mampu Asraf, dengan gaji kau, aku rasa kau mampu untuk beri makan 2 keluarga,”sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan Aliyah.

“Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu memimpin Qis,” masih terngiang-ngiang bicara lunak Qis.

Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi-pagi, selesai solat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat. Tidak seperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak- anak. Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar menjerat hatinya.

“Abang , Aliyah setuju dengan permintaan Abang. Tapi, Aliyah nak berjumpa dengan wanita tu,”Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya. Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran. Aliyah terlalu sempurna, baik tetapi ahh! hatinya kini sedang mengilai wanita yang jauh lebih muda.

“Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja, boleh?” pelik benar permintaan isterinya. Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan. Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya. Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni, isteri-isteri lebih bijak.

Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu. Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman daripada Aliyah.

“Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri Abang,” terjegil bulat mata Qis yang berwarna hijau.
“Kak Aliyah yang minta,” masih lembut dia memujuk Qis.
“Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis? Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!” terkejut Asraf Mukmin.
“Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. Abang dah lama hidup dengannya. Abang faham.”

Qistina mengalih pandangannya.

Mahu apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua. Heh, ini Qistina lah. Jangan haraplah jika nak membuli aku. Desis hati kecil Qistina. Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya. Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana Qistina pergi. Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk ditemuduga oleh Aliyah.

Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di Masjid Putra. Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di masjid Putra.

Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan qariah masjid. Kemudian menghadiri majlis kuliah agama. Membaca Al-Quran secara bertaranum itu adalah kesukaannya. Namun, lenggok Qistina melalaikannya. Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tahmid yang sering dilagukan. Seharian di Masjid Putra, dia cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu. Asraf Mukmin anak Imam Kampung Seputih. Asraf Mukmin yang asyik dengan berzanji. Menitis air matanya. Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu. Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Aliyah.

Tit tit… sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya.

“Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik utk Abang jadikan isteri. Qis tidak sehebat kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya untuk bersama Abang.”

Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.

Kepada: Asraf Mukmin, Suami yang tersayang…

Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna coklat yang hampir saiz dengan A4 itu dibuka perlahan.


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa mengiringi jejak langkahmu. Abang yang dikasihi, genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan pada Qistina. Terima kasih kerana Abang membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu cantik. Di sini Aliyah kemukakan penilaian Aliyah.


1. Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Aliyah yang sudah tidak nampak bentuk badan. Baju- bajunya memang mengikut peredaran zaman. Tapi, Aliyah sayangkan Abang. Aliyah tak sanggup Abang diheret ke neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa Abang sendiri pun, masih belum termampu untuk dijawab di akhirat sana , apatah lagi Abang nak menggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan Abang…



2. Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah lagi western food. Tapi, Aliyah sayangkan Abang. Aliyah tahu selera Abang hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau selera Abang sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita sekeluarga singgah di sebuah restoran western food, Abang muntahkan semua makanan western food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut selera ayah mereka. Kesian nanti, tak makan la pula anak-anak kita. Aliyah sayangkan Abang…



3. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya. Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat Abang yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajar anak-anak Abang untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung…hmmm.. Aliyah sayangkan Abang…



Abang yang disayangi, cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu persatu, Aliyah tak terdaya. Abg lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1 hari, Abang mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan Abang mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya.



Abang yang dicintai dan dikasihi kerana Allah, di dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami. Telah siap Aliyah tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sarawak. Jika munajat Abang di Masjid Putra mengiayakan tindakan Abang ini, ambillah borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina. Oh ya, sebelum terlupa, Qistina telah berada di Sawarak. Menunggu Abang… Aliyah sayangkan Abg…



Tetapi jika Abg merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri Abang, pergilah cari wanita yang setanding dengan Aliyah… Aliyah sayangkan Abang…



Tetapi, jika Abg merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk Abangg.. tolonglah bukakan pintu bilik ni. Aliyah bawakan sarapan kegemaran Abang, roti canai…air tangan Aliyah.



Salam sayang,


Aliyah Najihah binti Mohd Hazery.


Tangannya pantas membuka pintu biliknya. Di situ berdiri Aliyah Najihah bersama-sama hidangan sarapan pagi kegemarannya. Dia tersenyum!
Benar, tiada isteri sehebat Aliyah isterinya!

Tuesday, August 25, 2009

.:: Pena bertinta tatkala hati berbicara ::.

>>>YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM...<<<

>>>Tolong nasihati si dia...

jangan mencintaiku lebih dari dia mencintai YANG ESA...
jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati YANG ESA...
jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan IBU BAPANYA...
dulukan ALLAH kerana di situ ada syurga...
dulukan IBU BAPA kerana di telapak itu syurganya..

>>>tolong ingatkan si dia...

aku mencintainya kerana IMAN bukan RUPA...
aku lebih cintakan ZUHUDnya bukan HARTA...
aku kasihnya kerana SANTUNnya...

>>>tolong sedarkan si dia...

bila dia mula mengagungkan cinta manusia...
bila dia tenggelam dalam angan2nya...
andai nafsu mengawal fikirannya...

>>>tolong sebarkan padanya...

usah ucap CINTA di kala CITA2 belum terlaksana...
andai diri enggan dirapati kerana menjaga BATASAN...
bila jarak menjadi penyebab bertambah RINDU...

>>>pesan padanya...

aku tak mahu menjadi fitnah besar baginya...
tak mahu jadi punca kegagalannya...

>>>khabarkan padanya...

aku mahu dia berjaya..
jadi penyokong kejayaanku...
aku mendambakan CINTA SUCI yang terjaga...
hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungannya dengan ALLAH..

MOGA PESANKU INI SAMPAI KEPADANYA YA ALLAH....(^_^)
Ameen Ya Rabbal 'Alamin...

Monday, August 24, 2009

.:: PKPIM 5 DASAWARSA ::.


Sesiapa yang berminat, sila hubungi Lina Mursyidah -0136282505. Harga buku ini RM 22.90.

Friday, August 21, 2009

...Walimatul Urus...

Tanggal 7hb Ogos 2009 merupakan tarikh keramat dalam hidup akh Abdul Muntaqim Zulkipli dan adik ku Noor Adibah bt Othman. Rasanya, masih belum terlambat utk ana mengucapkan Tahniah pada kalian.

Malam akad nikah...

Terpancar seri pengantin pada wajah mereka

Keesokan hari nya (080809)



(adib: isy..org nk mkn, dy sibuk nk amek gambar)
ish sabar jela ye pengantin...


Jalan cepat2 cket. Panas sangat ni....


control2.. ramai org ni. Mak ai..malunya

Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Erm.. siapa sangka adik bertemu jodoh ketika usia baru menginjak 20 tahun. Tapi itu semua keje Tuhan. kerana ape? kerana hanya Dia tahu ape yang terbaik buat setiap hambaNya.

Tahniah dik. Akak doakan adik dan abg naim bahagia hingga ke syurga. Mudah-mudahan rumahtangga yang baru dibina ini diredhai Allah swt dan diserikan dgn mawaddah wa rahmah.

Jadi isteri yang baik, penyejuk mata penenang hati bg seorang suami... Isteri yang baik adalah isteri yang taat pada perintah suami, berusaha memenuhi keinginan suami, menjaga aib suami.

Inilah isteri yang cintakan Allah
yang rela bersabar hadapi kesusahan
yang minta ditegur jika ia bersalah
yang mampu tersenyum bila saja bertemu
yang masih malu menghias seri diri

Tak mengapa seorang isteri itu
Hanya mempunyai wajah yang sederhana
Asalkan akhlak dan juga budi
Jadi perhiasan dalam hidup

Kalau kita nak tahu isteri yang sejati
Bila dan berusia pun masih disayangi
Oleh anak dan juga suami

Biasanya isteri yang solehah itu
Ia terkendali
Ada kawalannya di hati
Ada tarikan semulajadi
Teguran berhias
Keras tidak terasa
Bukti keikhlasannya

Adik dah jadi isteri orang. Adik kena lebih matang dalam segala segi. Dalam perkahwinan kena ada tolak ansur, sabar,jujur dan yang paling penting percaya antara satu sama lain. Semua benda yang adik nk buat lepas ni, adik kene rujuk suami adik. Tanya pendapat dia. Sbb adik dah berdua skrg, bkn lg solo.. Sbb perkahwinan itu satu perkongsian.

Semoga berbahagia dik.

Srikandi: cepat2 bg akk anak saudara tau (ramai-ramai)

Tuesday, August 18, 2009

Belasungkawa : Al-Fatihah buat Ust Asri Ibrahim

Al-Fatihah....

Saya melihat sesosok tubuh yang baring telah siap dikafankan.
Kain putih yang bersih dengan tangan yang diletakakan dibadan.
Saya menatap wajah sahabat saya ini.
Wajahnya bersih, tersenyum. Saya membacakan fatihah kepadanya.
Perlahan-lahan saya menghampiri jenazahnya, saya cium dahinya yang bersih ini.
Biasanya dahi ini akan ditemankan dengan kopiah beliau.
Saya menghampiri telinga beliau, saya bisikan.
“aku saksikan, bahawa engkau telah banyak berjuang untuk agama”
Tiba-tiba saya menjadi sebak. Pada ketika itu air mata saya berlinang.
Saya cuba menahannya tetapi saya tidak mampu.
Saya menundukkan kepala saya, mengesat air mata yang mengalir di kelopak.
Saya cium dahinya untuk kali kedua. Kali ini saya pegang bahu beliau,
saya ucapakan lagi padanya:-“sahabat, selamat berehat”
-Dipetik dr Diari Ustaz Amin

"Arwah semacam seolah-olah seperti sedang tidur.. Ana rasa macam nak kejutkan arwah bangun..Cuma bila ana lihat kapas di hidung ustaz, baru ana sedar ustaz dah tiada.. Wajah ustaz tidak pucat lesu, segar seolah-olah macam biasa..hanya terlena.."
- Akh Syazman, Presiden Nasyeed Club IIC

Anakanda Ustaz Asri menunggu di liang lahad

Anak soleh sebagai harta..bahagiakan mereka hingga ke hujung usia, bila sampai waktu ajalnya.. Anak soleh sebagai harta..hai ibu bapa kami permata anda..tidak jemu berdoa..agar sejahtera terpelihara..

Ustaz Amal pula berkongsi dengan pengalaman beliau yang sentiasa membekalkan bahan ceramah agama untuk Ustaz Asri bila diminta oleh Allahyarham. Beliau juga menceritanya betapa ramainya jemaah yang menunaikan solat jenazah sebelumnya. Menurutnya solat jenazah terpaksa dilakukan lebih daripada 10 kali untuk memberi ruang kepada semua yang hadir menunaikannya. Di perkuburan sahaja pun dianggarkan hampir 500 orang yang hadir.
-Abg Razin, Nasyeed.com

Ketika menunggu jenazah tiba ke kawasan perkuburan. Akh Syazman, Presiden Nasyeed Club IIC , Abg Waie, Abg Razin MESTICA dan beberapa warga Nasyeed.com yang lain tiba awal di sana.


Ribuan yang hadir bagi memberi penghormatan terakhir buat
Allahyarham Ustaz Asri


Isteri dan anak-anak arwah Ustaz Asri menunjukkan kekuatan dan ketabahan luar biasa..Doa mereka mengiringi arwah, selamanya..


wajah sugul rakan artis..Abg Azadan antara yang benar-benar terkesan dengan pemergian arwah . Saya lihat Abg Shah InTeam menitiskan airmata sambil memeluk Abg Amin.. Abg Rahim juga tidak dapat menyembunyikan kesedihan..
"Ustaz Asri ikon dan bapa kami!"


Para jemaah yang hadir mengaminkan doa, mudah-mudahan diberi kebahagiaan dan 'kerehatan' sebenar di dalam taman syurga..


Para jemaah sedang membacakan surah yasin di rumah ibu arwah Ustaz Asri, di Shah Alam

Kehilangan yang tiada galang gantinya. Pemergiannya ditangisi. Moga rohmu tenang disana. Hakikatnya, Mati itu Pasti.. Dan kita, insan yang masih diberi pinjaman walaupun dgn 1 helaan nafas, teruskan berjuang di jalan Allah..

Wednesday, July 22, 2009

::. Message .::

Tanda-tanda seseorang mendapat Taufiq ada 3...

1. Mudah mengerjakan amal walhal ia tidak berniat ke arah itu.

2. Berusaha utk melakukan maksiat tetapi selalu terhindar daripadanya.

3. Selalu terbuka baginya hajat kepada Allah.
















Tanda-tanda orang dihina Allah pula ada 3...


  • Sukar melakukan Ibadat walau ia sudah berusaha bersungguh-sungguh.
  • Mudah terjerumus dalam maksiat walhal ia berusaha menghaindarinya.
  • Tertutup pintu untuk berhajat kepada Allah sehingga merasakan ia tidak perlu berdoa kepada Allah.

Saturday, June 06, 2009

... sekadar renungan ...

Hidup ini sebenarnya hanya 3 hari..

1. Semalam : yang sudah menjadi sejarah
2. Hari ini : apa yang sedang kita lakukan
3. Esok : Hari yang belum pasti dapat ditempuhi atau tidak

Hisab dan hitunglah hari yang sebelumnya, semoga hari ini lebih baik dari yg sebelumnya kerana segalanya mungkin utk ajal akan tiba pada hari ini..

Dan hidup kita hanya pada 2 helaan nafas...

1. Nafas naik
2. Nafas turun

Hargailah semuanya. Redha dan berlapang dada atas segalanya.

Thursday, May 07, 2009

...Ibu....

Kebelakangan ini...kita terlalu sibuk dengan assignment, homework dan sebagainya. Dan tanpa kita sedari, kita terlupa serta alpa terhadap mereka yang terlalu menyayangi kita. Penat lelah mereka, jerit perih mereka yang telah mengandungkan kita selama sembilan bulan dan sepuluh hari. Tidak pernah sekalipun mereka mengungkit apatah lagi meminta jasa mereka dibalas. Mereka mempertaruhkan nyawa mereka, sanggup menggadaikan nyawa mereka semasa melahirkan kita ke dunia ini. Semasa kita masih bayi, seekor nyamuk pn x dibenarkan utk mendekati kita. Memenuhi segala kehendak kita sehinggalah kita dewasa. Segalanya demi anak-anak yang disayangi.

....Tapi.... pernahkah kita melafazkan secebis ucapan 'terima kasih' pada mereka? Pernahkah? Inilah mereka...insan yang bergelar ibu. Insan yang terkadangnya kita abaikan, pengorbanan mereka kita siakan. Merajuk dengan mereka hanya kerana apa yang kita mahukan tidak mereka penuhi.

Sempena Hari Ibu ini...ingin ana ketengahkan isu ini. kerana apa? kerana kaum ibu inilah yang sering tidak dipedulikan oleh anak2 pada zaman ini. Natijahnya, berapa ramai ibu, mummy, umi, dan mama yang ditinggalkan terkontang-kanting di umah org-org tua,umah kebajikan menghabiskan sisa-sisa usia mereka. Walhal mereka masih mempunyai anak-anak yang pekerjaannya xkurang hebatnya. Tapi xsudi menjaga mereka. Sibuk dengan pekerjaan menjadi faktornya.

Tidak terfikirkah kita yang suatu waktu dahulu, ibu inilah yang membanting tulang turun ke sawah, menoreh getah pada dinihari hanya utk sesuap nasi utk anak2. Tiada istilah lelah dan penat dalam diri mereka. Tidak pernah mereka memberi alasan sibuk dengan bekerja. Penat di bendang belum pun hilang, pulang ke rumah teru meluru ke dapur menyediakan juadah khas buat suami dan anak-anak yang dikasihi.

Hargailah mereka semasa mereka masih ada. Sayangilah mereka seadanya. Berbaktilah pada mereka selagi ada hayat kita. Jangan tunggu sehingga mereka terbaring kaku baru hendak menghargai mereka.

Buat sahabat2 yang terlupa tentang bilakah sebenarnya Hari Ibu, ingin disini ana kongsikan bahawa Hari Ibu jatuh pada 10 Mei 2009. Bagi ana, xkan nk tunggu 10 Mei stiap tahun baru nk ucapkan Terima Kasih dan menghargai jasa ibu. Selagi nyawa dikandung badan, selagi mereka masih di sisi kita teruslah menghargai dan membahagiakan mereka. Ungkapkan kepada mereka bhw kita amat menyayangi mereka.

Buat semua insan yang bergelar ibu, Syukran jazilan..Seinfiniti terima kaseh atas segalanya. Semoga dirimu sentiasa dalam rahmat Allah. Angah Sayang umi...

Wednesday, April 08, 2009

.:: MEKAP keanggunan Muslimah Sejati ::.

  • Jadikanlah "Ghadul Bashar" (menundukkan pandangan) sebagai "Eye Shadow" mu, nescaya mata mu akan semakin bercahaya, jernih dan bening.
  • Oleskan "Lipstik Kejujuran" pada bibir mu, nescaya kamu akan kelihatan semakin manis lagi anggun.
  • Gunakanlah "Pemerah Pipi" dengan kosmetik yang diperbuat dari rasa malu dan sopan lantaran takut kepada seksaanNya yang teradun dari resepi Al-Quran dan As-Sunnah.
  • Cucilah diri dengan "Sabun Istighfar" bagi menanggalkan segala daki-daki dosa dan noda lantas menyucikan lagi zahir & batin dirimu.
  • Lindungkan rambut mu wahai gadis dengan "Selendang Islami" yang pastinya akan mengelakkan dari kelimumur pandangan liar mata-mata yang melihat benda yang sepatutnya menjadi rahsiamu.
  • Hiasilah kedua tanganmu dengan "Gelang Tawadhu' " dan juga jari-jari mu dengan "Cincin Ukhuwwah" bagi menyerlahkan lagi keayuan dirimu.
  • Sapulah wajah suci mu dengan "Air Wudhu' " dan InsyaAllah akan bercahayalah wajahmu di akhirat kelak...Dan..Pastinya ia akan menjadikan dirimu lebih mengancam dan meletup gitu!
Dan benarlah..dunia ini hanya tempat permainan dan hiasan bagi orang yang beriman. Wanita zaman cyber ni memandang kecantikan luaran semata-mata hinggakan langsung tidak mengira yang Hak & Batil. Insafilah wahai shbt2 ku.. Dunia yang kita diami ini hanyalah sementara. Ibarat kita mencelupkan jari ke air laut, dan apabila diangkat, air yang menitis itu lah dunia. Bertapa sebentar nya persinggahan kita di dunia ini.

Sedarlah kita..apakah tujuan kita dihantar ke dunia ini.. dan sehingga saat dan detik ini, sejauh manakah kita menjadi Hamba dan Khalifah dalam erti kata yang sebenar? Segala prinsip yang termaktub dalam syariat Islam akan memberi impak yang terbaik buat diri kita. Kerana..pembuat dan pencipta law itu adalah Allah SWT, Tuhan yang mencipta kita sendiri. Jadi..Hanya Dia yang tau segala apa yang terbaik buat diri kita.

Cume tugas kita...Jangan pernah sesekali su'uzhon dgn Dia sbb... Allah adalah seperti apa yang kita fikirkan... Jadi... bersangka baiklah dan yakinlah kepadaNya. Marilah sama-sama kita muhasabah dan menginsafi diri kita. Kembali kepada fitrah insani kita yang sebenar. Renungilah bahawa Allah itu adalah Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani terhadap hamba-hambaNya. Selagi kita berpegang pada tali Allah, InsyaAllah berjaya dunia akhirat. Ameen Ya Rabbal 'Alamin..

Sunday, April 05, 2009

exam oh exam

Alhamdulillah.. Imtihan selesai sudah, 2 hari yang lepas. Diharapkan moga keputusan utk sem 1 ni cemerlang. Ameen. Walaupun paper terakhir-Islamic Studies begitu menyesakkan dada. Bukan kerana soalannya yang terlalu susah, tapi entah mengapa. Tiba-tiba "blur" and "blank". Dan time 2 ngantuk sangat. Sebab...kul 4.50 xtdo lg...

Tapi itu bukan alasan.. bukan alasan utk xperlu menjawab exm dgn baik.. Ya Allah, berilah cahaya hidayahMu kepada hambaMu ini.

Keluar dari dewan peperiksaan..ana mula terfikir.. apa yang dah ana dan sahabat-sahabat lakukan pada malam sebelum hari peperiksaan. Ya, kami memang study..ala2 discussion..tapi sampai ke dinihari.

Dan ana mula terfikir, apa hukumnya.. Dan..

"Astaghfirullahal'azim" ana beristighfar..

Ana jadi malu sendiri, malu pada Allah lebih2 lagi. Ana katakan ingin mencari keredhaan Allah, tapi apa yang ana dan shbt2 sdh lakukan? Memang niat kami hanya utk belajar serta menimba ilmu sama2 tapi..... xkene caranya..

MATLAMAT TAK MENGHALALKAN CARA

Ana baru teringat apa yang ana study semalam.. satu cara utk mencapai matlamat perlu melalui 3 proses iaitu...
  • right intention (for the sake of Allah swt)
  • not contradictory to the Shariah
  • base on Quran and Sunnah

And I realize that benda ni memang salah. YaAllah, padanla susah bebenor nk jawab soalan exm ni ha. Astaghfirullah hal 'azim.

"Ya Allah, peliharalah hambaMu ini dari segala dosa dan noda, juga dr sebarang penyakit hati yang boleh membuatkan aku jauh dariMu. Ya Allah, peliharalah daku dari segala maksiat. Berilah rahmatMu kepada ku, kedua-dua ibu bapaku, shbt2ku, adik2 ku, guru2ku serta seluruh umat Islam yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia."