Sunday, November 27, 2011

1433H sudah...?

'Alaikum as-salam...
Apa khabar iman? Apa khabar hati..? Apa khabar diri?


Bertemu lagi kita dengan tahun baru.. Azam baru semestinya. Alhamdulillah wa syukurillah. Terima Kasih Allah kerana masih sudi meminjamkan sekeping nyawa ini utk ku terus mengecapi indahnya hidup di dunia dan masih lagi memberi waktu untuk kita terus menerus menambah amal dibuat bekalan menuju syurga idaman. Thank You Allah.

Mari kita imbas kembali sejauh mana azam kita pada tahun 1432H. Ya tahun lepas..? out of 10..berapa yng sudah kita laksanakan?  Ya... semuanya biiiznillah kn..dengan izin Allah.. tapi bagaimana usaha kita ke arah menjadikan azam kita itu tercapai? Memadaikah..? atau hanya pasrah dengan keadaan dengan menyatakan "kita-tgk-jela-apa-yang-Allah-rancangkan-utk-aku"....

FAIZA 'AZAMTA FATAWAKKAL 'ALALLAH

3:159


Kata Allah dalam surah Ali-'Imran ayat 159 "..........Apabila engkau telah berazam, maka bertawakkallah kepada Allah swt........"

Apa yang dimaksudkan dengan azam sebenarnya? Azam = impian? azam = harapan? Betul la tu.. Azam itu boleh dimaksudkan sebagai kemahuan, keinginan, cita-cita, (dan sebagainya) yang sangat kuat dan disertai dengan usaha yang bersungguh-sungguh.





Sebagai contoh, 'saya' berazam utk makan pizza pada hari esok. Tiba hari esok, cek duit - cukup. alhamdulillah. minyak motor - alamak...sket je tinggal, p isi minyak dlu. RM3..ok cukup! alhamdulillah. dengan lafaz bismillah dan sepotong doa naik kenderaan pecutttt ke destinasi - pizza hut.. Di Pizza Hut.. kak.... saya nk order yada-yada-yada-yada then.. tunggu..

Azam : nk mkn pizza
Usaha : kumpul duit, isi minyak motor, bukak pintu Pizzaa Hut, dan order..
Tawakkal pada Allah : tunggu pizza sampai.. bertawakkal pada Allah, andainya ada rezeki dariNya dapatlah 'saya' mkn pizza... itu cth yang sangat simple la~~

Apa pun...bila azam sudah dibina mulakan langkah ke arah merealisasikan azam itu. kita punya byk peluang yang hadir dihadapan kita.. terserah pada kita sama ada untuk mengambil peluang tersebut atau hanya melepaskannya berterbangan pergi bersama angin yang berdesir.. Omputih cakap take it or leave it.

Allah ada. Dan Dia terlalu dekat dengan kita. Berdoalah selalu moga dipermudahkan segala urusan kita. :)

Semoga beroleh kejayaan di dunia dan di akhirat... ameen..



Selamat tahun baru. Salam ma'al hijrah.
Kullu 'am wa antum bikheir.

Thursday, November 24, 2011

.:: Saya cuma ::.

Salam'alaik...

Tiada kata harus ku lafazkan..
Hanya hati yang bersuara..
Mungkin jua iman yang berbicara..

Saya cuma...
Cuma nak jadi baik...
Baik dari segala segi..
Baik di sisiNya..
Mengharap moga Dia sudi memandang diri yang hina ini..

Saya cuma...
Mahu Dia sedar akan kewujudan saya..
Ya...saya rindu pada Nya...
Dia...Maha Pemurah
Dia...Maha Pemberi Rezeki
Dia segalanya..

Pandulah hati ini menuju cinta Mu..
Bawalah hati ini merasa tenangnya hidup dalam limpah kasih sayang Mu..


Saturday, November 19, 2011

:: Kemaafan itu dendam terindah ::


Salam dihulur.. maaf dipinta..
Hilangkan sengketa
Hindari prasangka
Moga bahagia hingga ke akhirnya..

Kemaafan diberikan
kerana rasa cinta
rasa kasih
rasa sayang
yang masih melekat di sanubari buatmu..

Kerana aku tahu..
Dia Maha Pengampun
siapa aku utk menghukum..


and i feel released....
Alhamdulillah..
TQ Allah..

Friday, November 18, 2011

UA : Cabaran 50 Buku : (21) 3 Jantung Hati


UA : Cabaran 50 Buku : (21) 3 Jantung Hati
Judul     : 3 Jantung Hati
Penulis : Nisyah
Terbitan: Jemari Seni Sdn. Bhd.
Halaman: 430 m/s
ISBN      : 978-967-5118-50-0
Cetakan kedua Februari 2011

Kulit belakang novel :
Benarkah cinta seorang perempuan terhadap seorang lelaki itu seumur hidupnya? Biarpun lelaki itu telah tiada di alam fana ini, benarkah cintanya tidak pernah berusik? Biarpun waktu berlalu, benarkah kasihnya takkan berubah?
Lalu bagaimana pula andainya muncul seorang lelaki lain yang setara? Kalaupun tidak lebih baik daripada si jantung hatinya yang telah pergi itu, apakah cintanya akan beralih arah? Susahnya memahami hati perempuan, kadang-kadang dalamnya tidak terduga; kadang-kadang berkata ‘ya’ di dalam, di luar tetap mengaku ‘tidak’!
Sukar sungguh hidup Nadira setelah suaminya mati, meninggalkan dia merana bersama anak kecil si jantung hatinya. Ah, bertambah sukar hidupnya setelah menjadi ibu tunggal itu, tiba-tiba muncul dia! Dia yang berebut mahu jadi jantung hatinya yang ketiga. Sanggupkah dia membiarkan hatinya diisi lagi, kalau kasihnya pada Imran sudah penuh?

Sinopsis :
3 Jantung Hati mengisahkan kisah hati seorang balu merangkap ibu tunggal diberi nama Nadira. Wanita cekal ini menyara hidupnya dan anaknya dengan menjadi ‘Party Planner’ , suatu pekerjaan yang UA kira sangat ‘enjoy’ tetapi memenatkan. Nadira tiada pilihan. Dia harus bekerja keras kerana dalam masa yang sama dialah ibu dia jugalah ayah kepada Ensha. Namun, syukur Alhamdulillah, dia dikurniakan seorang teman, sahabat dan taulan yang amat memahami dan mengambil berat akan mereka berdua, Oya.

Perkenalan Nadim, Ensha dan Nadira secara tidak sengaja di sebuah pusat rekreasi menerbitkan suatu perasaan lain dalam diri Nadim. Perasaan yang tidak dapat dia gambarkan dengan kata-kata. Senang cerita, dia ANGAU! Dia jatuh cinta pandang pertama. Menjadi sesuatu yang sangat melucukan apabila seorang eksekutif berumur hampir 40 tahun jatuh cinta.

Nadira…? Masih dibayangi kenangan-kenangan indah bersama arwah suaminya. Perlukah dilayan rasa hati Nadim itu atau membiarkan sahaja impian dan angan-angan Nadim? Semudah itukah jalinan kasih antara mereka..? Cari jawapannya dalam 3 Jantung Hati.

Bicara Ummu Ammar :
Ini buah tangan pertama Nisyah di bawah naungan Jemari Seni. Percubaan yang UA kira tidak menghampakan setiap pembaca. Tahniah Nisyah! Cerita digarap dengan penuh berhati-hati. Mungkin kerana Nadira seorang balu atau janda. Cerita lain daripada yang lain. Bukan lagi kisah teruna dan dara, tetapi kisah balu dan anak teruna.

Nadira nyata tersepit dengan situasi yang memaksanya untuk membuat pilihan. Antara kasih pada suami yang telah pergi dan rasa yang mula bertapak dalam hati. Dia cuba untuk setia pada yang telah tiada lalu menafikan rasa cinta yang telahpun bertunas dalam sanubarinya. Apapun, cinta itu datang sendiri, langsung tidak terduga oleh kita.

UA amat kagum dengan kesungguhan Nadim dalam memenangi hati Nadira dan Ensha. Biar apa pun yang datang menghalang, cinta itu tetap bertakhta di hati.


Monday, November 14, 2011

UA : Cabaran 50 Buku : (20) Langsir Biji Remia


UA : Cabaran 50 Buku : (20) Langsir Biji Remia
Judul     : Langsir Biji Remia
Penulis : Noor Suraya
Terbitan: JS Adiwarna Sdn. Bhd.
Halaman: 263 m/s
ISBN      : 978-967-0201-13-9
Cetakan pertama 2011

Kulit belakang novel :
Duha Hafa anak tunggal Dr. Hud Othman dan Puan Taslima. Dia cantik dengan mata bundar sayu seperti mata unta di padang pasir. Umair terpikat sejak dia masih kecil lagi. 

Sepuluh tahun berlalu dan mereka bertemu semula. Kini Duha Hafa sudah memakai purdah hitam, dan dia bukan lagi gadis periang dan ramah. Kenapa dia berubah? Apa yang tersembunyi di sebalik purdah hitam itu? 

Langsir Biji Remia mengajar kita bersyukur dengan nikmat daripada Dia. 


****
Kelebihan karya NOOR SURAYA terletak pada bahasanya yang lembut berserta ceritanya yang memikat. Pemegang ijazah Sarjana Linguistik daripada Universiti Malaya ini menulis dengan hatinya. Disiplin menulisnya diterap sejak menjadi pelajar Komunikasi di Universiti Sains Malaysia lagi. Munsyi Dewan ini pernah memenangi beberapa hadiah penulisan antaranya Hadiah Utama Sayembara Cerpen Esso-Gapena IX (1992) dan Hadiah Penghargaan Menulis Cerita Kanak-kanak Mobil-DBP (1998).

Sinopsis :
Kisah remaja seorang Duha Hafa yang kini menjalani hidup dengan penuh rasa rendah diri yang teramat sangat setelah melalui kejadian ngeri itu. Bukan pintanya untuk dijadikan sebegitu, tidak pernah pun bermimpi untuk melalui pengalaman pahit itu. Tragedi yang meragut separuh dari wajahnya yang suatu waktu dahulu bisa memukau sesiapa saja yang memandang wajahnya tidak kira lelaki mahupun wanita, yang muda mahupun yang telah berusia. Disebabkan rasa rendah diri itu, niqab disarungkan bagi menutup seri yang telah hilang dari wajahnya.

Umair sahabat tingkap sedari kecil. Umair, lelaki yang terlalu inginkan kesempurnaan. Sebab itu dia layak mengambil jurusan perakaunan. Di sudut hatinya yang paling dalam tersimpan rasa ‘cinta’ pada Duha Hafa. Cinta yang telah 10 tahun dia pendam. Katanya cintanya hanya pada sahabat tingkapnya. Cintanya tidak pernah berubah. Titik. Lalu, dek kerana rasa yakin akan cintanya pada Duha, risikan dihantar melalui kak Ain dan kak Hada sebagai orang tengah.

Ahmad Muhsin. Jejaka yang dikenali Duha di Madinah al-Munawarah sewaktu mengerjakan umrah bersama ayahnya Doktor Hud. Bakal peguam yang soleh dan muslih insyaAllah. Mulanya sekadar ‘usik-usik’ oleh kakak-kakaknya berkenaan dengan Duha dan disokong pula oleh ayahnya. Untuk tidak serabutkan fikiran, pada Dia Muhsin serahkan segalanya. Istikharah. Memohon petunjuk dan ilham yang benar buat jaminan di masa hadapan.
Dan Duha Hafa …. Perlukah ditunggu si Umair yang ‘menghina’ dirinya kerana tidak lagi jelita wajahnya seperti sepuluh tahun dahulu..? Atau memberi peluang pada Ahmad Muhsin yang meminangnya atas alasan bapanya berkenan dengan Duha? Ikuti kesudahannya dalam Langsir Biji Remia karya Noor Suraya.

Bicara Ummu Ammar :

Langsir Biji Remia karya novelis terulung kak Noor Suraya kali ini tidak menghampakan UA. Sesuai dengan temanya ‘Si Manis 17’. Dengan bahasa yang mudah dan jalan cerita yang ringkas dan ringan, maksud UA tidak kompleks seperti novel-novel umum yang lain.

Penulis berjaya menghidupkan setiap watak dalam pentas Langsir Biji Remia. Duha dengan rasa rendah dirinya apabila keindahan wajahnya di saluti parut-parut panasnya api. Umair dengan ‘kesempurnaannya’. Ahmad Muhsin dengan rasa kehambaan yang amat tinggi pada Sang Pencipta.

Kagum dengan Duha yang berkeras tidak mahu melakukan pembedahan plastik ke atas wajahnya kerana bimbang perasaan riak merajai hati apabila wajahnya kembali indah seperti sebelumnya. Cintakah itu wahai Umair jika melihat wajah Duha sahaja kamu merasa jijik walhal sepuluh tahun dulu Duha Hafa yang inilah yang kamu gilakan separuh mati.

Kak Su berjaya membawa UA ke bumi anbiya sana membuatkan rasa rindu yang tidak terhingga pada Masjidil Haram, Masjid Nabawi. Bagaimana titik pertemuan antara Adam dan Hawa setelah lama dipisahkanNya. Moga diberikan ruang, peluang dan rezeki..ya rezeki utk UA beribadah di sana. Ameen. 

Apa yang dapat UA simpulkan melalui Langsir Biji Remia iala hakikat cinta itu terlalu abstrak untuk dirungkaikan. Cinta itu kurniaan Tuhan menerangi sanubari insan. Bagaimana Allah menitipkan rasa cinta pada Duha Hafa dalam hati Ahmad Muhsin sehinggakan wajah itu terlalu indah di pandangan mata Muhsin tetapi tidak Umair. 

UA : Cabaran 50 Buku : (19) Dikau Tidak Pernah Jauh


UA : Cabaran 50 Buku : (19) Dikau Tidak Pernah Jauh
Judul     : Dikau Tidak Pernah Jauh
Penulis : Nur Hatija
Terbitan: Jemari Seni Sdn. Bhd.
Halaman: 636 m/s
ISBN      : 978-967-5118-69-2
Cetakan pertama September 2011

Kulit belakang novel :
Letaklah Allah pada cinta yang paling utama. Cinta terhadap manusia tidak salah tetapi biarlah selari dengan kehendak agama...
Apakah erti cinta?
Cinta hanyalah omong kosong pada yang tidak sanggup berkorban demi cinta!
Kerana cinta, Fadhil meninggalkan kebahagiaan dunia dan belajar hidup zuhud.
Kerana cinta, Halina sanggup kehilangan kasih anak-anak.
Kerana cinta, Firdaus tenggelam dalam pelukan dunia;
dan kerana cinta akan Firdaus, Mardhiah sabar menunggu.

“Janji dengan saya, awak akan tunggu saya,” ucap Firdaus.
“Awak pun berjanji dengan saya. Jangan pernah melarikan diri daripada saya,” balas Mardhiah.

Tapi, kenapa kini Firdaus jadi lupa pada kata-kata yang pernah dia ucapkan dahulu? Mampukah mereka kenal erti cinta sebenar? Mampukah mereka berkorban demi mencari nikmat cinta itu?
* * *
NUR HATIJA menulis tentang makna cinta. Dikau Tidak Pernah Jauh membawa anda menghayati kisah cinta yang penuh teladan untuk mencari keikhlasan cinta yang sebenar.

Bicara Ummu Ammar :
Nur Hatija, seorang penulis baru dibawah naungan Jemari Seni menampilkan Dikau Tidak Pernah Jauh sebagai buah tangan yang pertama. Penulis mengungkapkan definisi cinta dalam karya sulungnya. Lima aksara yang digabungkan menjadi satu perkataan yang mempunyai banyak makna – C.I.N.T.A.

Cerita dimulakan dengan sebuah keluarga yang serba kekurangan dan penuh kedhaifan, tapi kata orang alim, itulah zuhud. Watak utama di pentas kehidupan Dikau Tidak Pernah Jauh diterajui oleh Firdaus. Firdaus punya ayah yang sangat penyayang tetapi dalam redup matanya dapat dilihat tersimpan seribu satu macam rahsia yang disimpan kejap dari anak-anaknya. Aisyah, adik tersayang yang digambarkan mempunyai wajah yang jelita. Firdaus, remaja kacak yang menjadi tumpuan seluruh gadis di sekolah mahupun universiti bukan sahaja kerana dia punya ‘rupa’ tetapi juga lontaran suara yang begitu merdu saat melaungkan azan.

Kehidupannya bersama Fadhil dan Aishah sangat bahagia. Fadhil (ayahnya) mendidik jiwa anak-anak belandaskan syara’ malah segala amalan yang dilakukan lebih kepada Sunnah Rasulullah saw. Sungguh, UA terkesima seketika memikirkan Fadhil yang sanggup melepaskan semuanya – segunung harta, pangkat setinggi langit – semata-mata untuk belajar hidup zuhud tapi diserikan dengan penuh kasih sayang. Mungkin UA salah perkiraan kerana UA dikelilingi oleh ibu-ibu tunggal (yang ditinggalkan suami) yang setia berkorban apa sahaja demi kebahagiaan anak-anak. Cinta Fadhil pada agama terlalu Agung. Cinta Allah membawa ke syurga.

Mardhiah -  Mula muncul dalam layar hidup Firdaus sewaktu di universiti. Istikharah yang dilakukan menunjukkan Firdaus lah yang bakal menjadi ‘imam’ dalam hidupnya. Dan dia amat yakin dengan petunjuk itu. Lalu, tidak boleh tidak, sesuatu harus dilakukan sebagai langkah pertama agar Firdaus sedar akan kehadiran dirinya. Debaran kian terasa apabila berada di samping Firdaus. Cinta yang berputik kian berbunga. Firdaus mohon janji untuk Mardhiah terus setia kepadanya. Dan Mardhiah tetap sabar menanti walau beberapa tahun telah berlalu. Kerana dia yakin akan janji Tuhan melalui istikharahnya.

Firdaus – Dia di didik dengan penuh kasih sayang oleh sang ayah disertakan dengan bekalan menuju akhirat yang secukupnya. Bermula dengan solat sebagai tiang agama, mengaji, ibadah yang selayaknya dilakukan oleh seorang hamba. Akhlak insani yang begitu utuh sekali, ikhtilat (pergaulan) terjaga sebaiknya. Pendek kata segalanya cukup. Kerana…pada pengamatan Fadhil, hanya bekalan pegangan agama yang bisa dia tinggalkan untuk diwarisi oleh Firdaus.

Firdaus diuji dan terus diuji. Dalam jangka masa yang terlalu pendek, Allah menarik Aisyah dan Buya. Tinggallah Fir keseorangan. Kesabarannya diuji, Imannya teruji, anasir syaitan galak menghasut ditelinga. Dia tidak kuat tanpa Buya disisi. Dia jatuh ke lembah yang paling hina. Apa yang tidak kena dengan dirinya? Bukankah solat itu tiang agama? Jika sempurna solat seseorang, maka tidak aka nada perkara munkar yang akan dilakukan.

Terserlah variasi cinta yang ingin disampaikan Nur Hatija. Dengan cinta, manusia bisa berasa tenang dan bahagia. Dengan cintakan harta, manusia senantiasa merasa tidak cukup dengan apa yang sedang dimiliki. Dengan rasa cinta akan dunia, manusia hanyut dalam keseronokan yang sementara.


Selangkah ke arah perkahwinan.. :)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. 
Salam’alaik… Moga berada dibawah lembayung rahmat Allah senantiasa InsyaAllah. 
Perkawinan??? Fuh…..Kahwin.. Kahwin..Kahwin…





Rata-ratanya insan-insan disekelilingku berbicara soal rumahtangga. Dan dalam linkungan 48 jam, sudah 18 orang yang menyoalkan soalan yg sama padaku. “Bila nak kawen?” Tergamam seketika..Membisu seribu bahasa.. Soalan yang kukira tiada jawapan lewat waktu ini. Eh, bukan… bukan tiada jawapan, tetapi belum punya jawapan yang tepat untuk itu. Sehingga kini, semakin ramai sahabat dan adik-adik seperjuangan yang meniti ke alam ini, alam rumahtangga. Lebih istimewa lagi, mereka berumahtangga ketika masing-masing masih lagi bergelar student. “Barakallahulakuma Wabaraka ‘alaikuma wa jama’a bainakuma fi khair”.

Entry sebelum ni pun soal nikah kahwin juga yang dibicarakan.. Mengapa ye..? Dah gatal sangat ke wahai diri? Sudah tidak sabar menanggung perasaan? Ntahlah… Mungkin…ok..jumpa sudah alasannya. Sebab…. Sebab… sebab banyak sangat jemputan walimah daripada sahabat2 dan adik2 akhir-akhir ini. *sengeh*. ‘Akak…bila nak kawen?’, ‘ehem-ehem, dah bau nasi minyak aida la…bila tuh?’, ‘erm..k.ngah nih suka budak-budak ye? Cepat-cepatla kawen, dapat anak sendiri…’…ni antara soalan-soalan yang menerjah ruang telinga ku sejak awal tahun haritu.. Dan aku hanya mampu untuk tersenyum dan menyatakan…doakan akak/aida/angah/UA  ye.. Bukan aku tidak memikirkan soal ini, selalu je fikir! 

• Saat aku difitnah dan aku tidak tahan lagi menanggungnya..
• Bila aku xdapat hadir ke walimah sahabat2… 
• Bila aku merasakan aku kesepian dan keseorangan (lupa lah tu, padahal Allah ada je dgn awak cik ummu ammar oi) 
• Ya…bila memikirkan yang umurku kian bertambah seketul demi seketul 
• Bila aku sakit dan kebanyakan dari mereka mengatakan “aida kene kawen ni”… 
• Bila aku nak p mana2 program yang semua orang pn xnak teman…ngee~~

Kesimpulannya hampir setiap saat aku memikirkan soal nikah kawen ni. Ye…kawen itu sunnah. Perkahwinan itu indah. Aku sedia maklum tentang itu walaupun aku sendiri belum pernah menjadi isteri! Tapi dengan alasan2 seperti di atas tadi aku kembali tersedar..Termenung sejenak…lantas bertanya pada diri, hati dan juga iman…Wahai diri…sekadar itukah alasan utk kau berkahwin..? Hanya kerana tidak tahan ujian fitnah? Hanya kerana x dapat hadir ke walimah sahabat2…saat kau kesakitan, tidak mampu lagi untuk melawannya….

Mungkinkah iman yang bersuara....atau hati yang berbicara..

Wahai diri..sakit itu ujian, fitnah itu cabaran, sepi itu syaitan… Dan aku percaya, semua ini tidak mustahil untuk berlaku walaupun aku sudah bernikah! Betul x? kesimpulannya buat masa ini…perkahwinan bukan penyelesaian untuk semua masalah/alasan2 di atas.

Tipu la klu kata tak terdetik di hati langsung pasal kawen ni…sape yang taknak kawen? Itu fitrah. Dan aku masih lagi berfitrah seperti itu. Cume nya…aku belum memikirkan nya secara mendalam/serius lagi stakat ini. Mungkin kerana aku dikelilingi oleh lelaki-lelaki yang lebih muda daripada ku. Even senior tahun 3 pn lebih muda dari ku..(ohoh…tuanya kamu cik UA). Dan mungkin jugak kerana hati ini masih belum diberi pada siapa-siapa lagi..sbb sahabat UA hampir semua nya dah ada pilihan hati dan mereka ‘couple’ walaupun mereka mengatakan yg ‘kitorang x couple pn’..Wallahua’lam.
Dan lepas ni…kalau ada yang bertanya pasal ni lagi…ni lah jawapannya yang sebenar.....




·         UA mengimpikan seorang suami soleh yang punya ilmu agama yang tinggi yg bisa membawa UA dan anak-anak bukan saja ke syurga rumahtangga ttp ke syurga abadi di sana nanti.
= UA belum cukup solehah lagi..cukup sekadar kalian tahu yang UA dalam proses kearah solehah itu. Allah itu adil kan? Simple, kita yang hebat, kita sendiri kene hebat!
(Rujuk Surah An Nur ayat 26 plz…)..UA cukup yakin dengan janji Allah yang satu itu.

“(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.

·         Kalau boleh UA nk si dia (bakal suami) yang lebih tua dari UA
= sbb…? t UA cter utk entry akan datang ea..InsyaAllah.. J
·         UA pernah memikirkan untuk kawen dalam usia muda (waktu sedang belajar)..Tapi tu dulu..masa UA masih di PAUIAM dan di IIC tercinta. Zaman dolu-dolu.. Tapi…sejak menjejak kan kaki di UK Malaysia ni..UA sendiri angkat bendera putih. Tekanan yang amat tinggi UA rasa. Hampir setiap malam UA menangis kerana tekanan belajar. Assignment, tugasan dll. Semuanya membuatkan UA terfikir yang UA x mampu utk jadi zaujah yang buat masa ni. Apatah lagi mama yng baik buat anak2. T kesian sangat2 kat diorang. UA xsanggup nk abaikan mereka.
Huh…menulis gaya cam ramai sangat baca blog dia..sabar jela UA nih. Tapi mmg pun..sebab xda orang baca la yang berani luahkan kat sni. Nak tulis diary pn, akhirnya diary 2 akan ada orang baca. Maka..tulislah kat sini. At least si pembaca blog ni bukan kenal UA pn.. kan? Kan? Kan?..jadi UA xda maluu sangat. 

RESTU AYAH BONDA
Banyak je benda yang UA fikirkan pasal kawen ni. Pertamanya of course la pasal restu umi dan abah kan..? Yang mereka klu blh nk menantu mereka dalam kalangan orang Kelantan jugak..(maka dalam hati berkata, klu gitu baik angah kawen ngn ank Pak Mat hujung kampong tu je)…Umi..ad ke Pak Mat kat hujung kampong kita tu..? hikhik..Tapi betul apa alasan abah..nanti senang nk balik raya (aisy, sama je alasan bila angah nk further study ke Jordan abah x bagi). Dan…akhirnya UA memikirkan untuk terima je calon yang diorang cadangkan..dah calon yang UA kemukakan semuanya ditolak mentah-mentah oleh mereka..*sob sob*

D.U.I.T
Yang keduanya haruslah pasal duit. Erm kan UA baru je masuk tahun 1 semester 1..hikhik..Muda kan UA..? baru masuk tahun 1 rupenya. Jauh lagi perjalanan utk menggapai segulung ijazah tuh. Ye memang Allah dah janjikan rezeki masing2. Rujuk Surah 24 : 32 dalam Quran terjemahan plz…
“Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya, kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.” (Surah An-Nur Ayat 32).
Bak kata Prof terchenta (prof Jawiah) itu janji Allah. Boleh je kan klu Dia x nak bagi. Cumanya Dia berjanji. Segalanya….Biiznillah.. Ramai yang cakap duit boleh dicari..tapi cinta itu payah ditemui. Wahai teman sahabat dan taulan…angpa p bwk cinta angpa p supermarket brapa kampit beras angpa dapat? Berapa tin susu anak angpa boleh bawak balik…? Cik UA awat ni…? Awat prejudis sangat nih? *geleng kepala laju-laju*

Ok..meh jadi positif pulak. Boleh je kan klu nak keje sambilan time blaja. Then kejela.. klu mampu nk urus masa. Mana masa untuk study, mn ms utk tesis, utk UA..(malu…) *tetibe jek!* Siyes..klu UA, UA x mampu. Sebab UA tau keadaan UA macam mn kan.. Erm mmgla 2 tugas suami pn, cume UA rasa xbest la utk x membantu sket pun husband UA tuh. Walaupun UA xla mintak kat suami UA “husband, husband…Husband kene bg wife RM500 sebulan” oh tidak lah begitu..Berpada-padalah kan..erm…duit insyaAllah xda masalah klu husband UA daa…KEJE!!!! Walaupun UA dah ada akaun khas utk kawen tapi UA tetap risau oke… *dup dap dup dap*Dan….bukan saja wang utk majlis nikah dan walimah yang perlu difikirkan, tetapi kewangan utk kehidupan selepas bergelar zauj-zaujah yang perlu dititik beratkan. Ya…Fasa rumahtangga! Selangkah ke arah perkahwinan, ke alam hubby-honey, selangkah lagi kita mula masuk fasa mama-papa… Bukan masalah kita x boleh berjimat cermat hidup dalam kezuhudan dan sebagainya, tapi soal tanggungjawab terhadap anak-anak itu sendiri. Anak-anak mama sakit..perlu duit kan utk ke doctor? Pakaian. Pampers, susu dan sebagainya..that’s y people said ‘no money no talk’!

S.E.D.I.A
Ni yang paling penting….pada pengamatan UA la… Bersediakah aku untuk itu..? Yup..are you ready..? UA renung kembali dalam dirimu… Cukupkah solat 5 waktu sehari semalam..? Jika cukup, adakah solat itu dikerjakan di awal waktu..? Itu soal solat. Solat itu tiang agama, sempurna solat sempurnalah akhlak.

Ini soal sabar. Sudah cukup sabarkah aku dengan smuanya? Atau org yg lambat 5 minit je kamu dah melenting..? macamana nk sabar dengan kerenah anak2 dan suami yang harus dikongsi segalanya sepanjang nadi masih berdenyut jantung masih berdegup ni?

Ini soal kira berkira. Husband…semalam I da masak utk U dan anak2. Jadi wife nk husband belikan wife rantai Habib Jewel yang latest tuh ok..? Ok fine… benda kecik… masak! Tp nk kan balasan..ap tu…? Aiyooo…..

Ini belum masuk bab…..ok…UA kawen ni UA nak zauj UA buat itu buat ini lakukan itu lakukan ini yada yada yada yada…. Uiks… perkahwinan itu kan suatu platform untuk kita memberi. Wadah untuk berbakti. Bila kita dah letak dalam kepala otak kita ni pengharapan yang mungkin x akan kesampaian, kita sendiri yang akan menjeruk rasa. Macam si suami mengharapkan si isteri akan sambut dy tiap2 hari waktu pulang keje dengan pakaian yang indah2 disertakan secawan kopi. Tapi sepanjang hidup bini dy tuh, pegang botol kopi pn xpenah, hari2 berdandan dengan pakai baju kurung jek utk tatapan suami. Dah tu macam mn..? x ke tension si suami…? Benda mmg simple. Simple sangat! Kan? Fine, isteri patut blaja berdandan dan buat air kopi…tapi jgn terkejut klu UA katakan yang kes penceraian di Malaysia puncanya daripada ini. Benda yang remeh temeh ni la. Kalau p kaunseling slpas memfile kan kes nk cerai. Kan nk kene p kaunseling. Ustaz Tanya “awat nk bercerai?” suami jawab “dia x pandai layan saya” sambil tuding jari kt bini. Maksud layan disini ialah situasi di atas tulah! Pastu senang je cakap an..kami dah xda persepahaman ustaz! Oi..bukan persepahaman tuh, tp keinginan yg nade-nade(ngada-ngada) + melampau tuh!·    



PERKAHWINAN ITU SUATU PROSES MEMBERI DAN BERBAKTI
Dan untuk memberi yang terbaik buat suami, anak-anak, mertua dan ibu ayah kita sendiri, semuanya memerlukan kita utk jadi sempurna. Memang takda manusia yang sempurna, tapi tak salah bukan kalau kita menuju ke arah kesempurnaan itu. Dan UA di situ. Menuju kesempurnaan. Untuk menuju jalan itu, Istiqamah amat diperlukan.

Let’s say pasal solat td. Alhamdulillah solat 5 waktu dah cukup. Then, naik setapak lagi..solat di awal waktu. Bertapak lagi…solat dengan khusyuk! UA tabik pada insan2 yang senantiasa khusyuk dalam tiap solat yang dilakukan *jelez*. Bertapak lagi…utk lelaki…solat lah di masjid! Bertapak dan terus bertapak hingga ke menara yang membawa kita lebih dekat dengan Tuhan. UA pasti semua tahu kan..? Bila kita dekat dengan Tuhan kita dapat apa… J Tak susah pun nk jadi solehah sebenarnya. Pilihan dah ada di depan mata…rumahtangga bahagia-derita, live hell-live well, syurga-neraka…..You choose! Dan…change for good..x rugi pun kan…?

Panjang pulak entry kali ini. Maaflah klu UA banyak melalut. Apa pun yang baik ambil la..buat bekalan..yang buruk tinggalkan buat pengajaran. Doakan UA ya… J

Sunday, November 13, 2011

Ummi....saya mahu nikah..boleh??


SOAL HATI REMAJA - PATUTKAH BERKAHWIN AWAL



Rasulullah s.a.w bersabda: Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu solat apabila telah masuk waktunya, jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak gadis setelah ditemui (pasangan) yang sesuai untuknya. (H.R. Tirmidzi)

Kahwin awal bukan satu masalah. Mari lihat persoalan-persoalan yang selalu menerjah di kepala anak-anak muda yang fitrahnya terhalang atas sebab-sebab tertentu.

1. Kahwin waktu masih belajar, adakah tidak mengganggu pelajaran?

Siapa cakap kahwin waktu sedang belajar mengganggu? Salah tanggapan tu. Sepatutnya, kahwin awal lebih memberi kita semangat yang membara. Yelah, sudah ada pasangan yang halal dan akan sentiasa menyokong kita, mesti la lagi bersemangat mau belajar kan? Lagi satu, orang yang sudah kahwin ni akan berasa lebih bertanggungjawab dari sebelum kahwin. Sebab mereka tahu bahawa mereka punya pasangan untuk dijaga, jadi mereka pun akan berusaha untuk buat yang terbaik bagi pasangan mereka. Apa-apa pun, tengok ibu bapa kita saja sebagai contoh. Sudah kahwin, tapi adakah mengganggu kerja mereka? Tidak kan?

2. Saya masih belajar, macam mana mahu bagi nafkah pada isteri kalau belum ada kerja?

Saya tahu ramai antara kita yang masih belajar, dan ramai yang meminjam dapat elaun biasiswa. Saya beranggapan pasangan yang ingin dikahwini jugak masih study Jadi ia bermakna dua-dua masih dapat hidup dengan wang yang asas tu. Jadi, sementara masih belum ada kerja, suami berilah nafkah yang termampu kepada isteri. Mungkin $25 atau $50 sebulan? Bergantung kepada berapa banyak isteri gunakan untuk makan. Lagipun, isteri jugak ada wang, jadi tak perlu rasa ada masalah di situ. Yang penting dua-dua masih dapat hidup. Lain la kalau isteri demand kereta, rumah, rantai emas, baju berlambak-lambak, dan macam-macam lagi. Jadi, sepatutnya tiada masalah dalam bab nafkah. Cuba kita tengok orang Arab zaman Nabi dulu. Adakah kebanyakan daripada mereka orang berharta? Tidak. Mereka cuma mampu memberi isteri makan makanan setakat yang mereka mampu beri. Itu pun sudah mencukupi untuk dijadikan nafkah. Nabi tak larang pun orang miskin berkahwin. Jangan jadikan kekurangan wang sebagai penghalang perkahwinan. Itu namanya menyalahkan takdir Allah. Berdosa.

Firman Allah: Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui. (An-Nur:32)

3. Macam mana mahu cari modal untuk majlis perkahwinan?

Apa perkara asas dalam kahwin? Ya, akad nikah dan walimatul urus. Merisik dan bertunang tu bukan wajib pun. Jadi, potong kos seperti bagi hantaran waktu merisik dan bertunang, sudah jimat wang. Waktu akad nikah pun, jemputlah keluarga terdekat dengan kawan-kawan saja yang dapat datang. Berdosa bila tidak menghadiri jemputan walimatul urus. Jadi, jimat sikit kos kenduri. Buang wang saja sewa pelamin, sewa baju pengantin, sewa jurukamera dengan mak andam semua tu kerana ia termasuk dalam hal-hal yang sia-sia. Mas kahwin pun tidak perlu tinggi-tinggi kerana sebaik-baik magar adalah yang paling rendah. Mudah saja majlis perkahwinan dalam agama Islam. Tidak sampai puluh ribu pun.

Sabda Rasulullah s.a.w: Tiga golongan yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah ialah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah s.w.t, seorang penulis yang selalu memberi penawar dan seorang yang menikah demi menjaga kehormatan dirinya. (H.R. Thabrani)

4. Tidak terlalu awalkah untuk saya berkahwin?

Kalau rasa dengan kahwin boleh buat semangat untuk belajar semakin meningkat, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh buat diri semakin bersemangat dalam agama, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh elak daripada fitnah dan maksiat, kahwin la. Itu maksudnya, kahwin memang perlu di usia muda. Benda yang baik, jangan dilambatkan. Takut kelak bertukar menjadi benda yang tidak baik. Cuba bayangkan anda ada pasangan yang disukai. Kan bagus kita cepatkan benda yang baik dengan berkahwin terus. Tapi kalau kita melambatkan perkahwinan yang bagus itu, mungkin kita akan terjerumus ke lembaah maksiat. Kenapa kita boleh beralasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan alasan untuk melakukan perkara yang haram? Tanya diri, jagalah iman.

Sabda Rasulullah s.a.w: Apabila datang kepadamu seorang laki-laki untuk meminang, yang engkau redha terhadap agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi. (H.R. Tirmidzi dan Ahmad)

5. Bersediakah saya untuk kahwin awal?

Ini soalan paling bagus ditanya kepada diri sendiri. Tanya dulu soalan asas ni. Sudahkah saya solat penuh 5 kali sehari semalam? Bertanggungjawab sudahkah saya? Adakah saya panas baran atau penyabar? Adakah saya seorang yang bercakap menggunakan akal atau bertindak menggunakan akal di lutut? Pendek kata, ada banyak soalan spesifik yang boleh ditanya kepada diri sendiri. Walau apa pun jawapan dia, ini nasihat saya. Sentiasalah perbaiki diri dan mantapkan diri. Orang yang sudah berkahwin dan sedang belajar solat lebih baik berbanding orang yang sudah kahwin dan pandai solat tapi tidak amalkannya lepas kahwin. Orang yang bersedia mengubah dirinya adalah yang paling bersedia sebenarnya.

6. Macam mana dengan restu ibu bapa?

Ya, ini la benda paling susah bila mahu kahwin awal. Faktor penghalang paling utama. Kalau kita dapat menjelaskan dengan baik kepada ibu bapa dan mereka faham, insyaAllah tiada masalah untuk berkahwin awal. Tapi kalau ibu bapa kita susah mahu terima sebab fikiran mereka masih terikat dengan fikiran tipikal masyarakat Melayu sekarang ni yang lebih terpengaruh kepada adat dan cerekarama di tv semata-mata, serta pemikiran risau akan tak cukup wang nak sara anak dara orang, sudah tentu mereka tidak akan terima setiap hujah yang diberikan seperti di atas. Apa-apa pun, saya doakan yang terbaik untuk mereka yang mahu kahwin awal supaya cepat bertemu jodoh. Ingat, bila seseorang itu berkahwin kerana ingin mengikut sunnah Rasulullah, maka terbukalah segala pintu rezeki untuknya. Lihat, betapa banyaknya kelebihan kahwin awal. Fikiran kita yang sempit saja membuatkan kahwin ni nampak terlalu susah sangat.

Umar bin al-Khattab r.a telah berkata: Kahwinlah anak-anak kamu apabila sampai baligh, janganlah kamu menanggung dosa-dosa mereka. (Disebut oleh Ibnu Jauzi dalam Ahkam An-Nisa)

Nasihat saya untuk golongan-golongan yang sedang hangat bercinta tu, sebaiknya kahwinlah awal. Lebih banyak kelebihan kahwin awal berbanding kahwin lambat. Tapi semua itu pilihan masing-masing juga. Mudah-mudahan setiap pilihan yang kita buat adalah yang terbaik dan dirahmati Allah. InsyaAllah.

Rasulullah s.a.w bersabda: Siapa yang benci dengan cara hidup (sunnah) ku maka dia tidak termasuk golonganku. (H.R. Bukhari dan Muslim)

Sunday, October 23, 2011

Untuk perhatian : hati....




Allah yg menggerakkn kita mampu tersenyum walau dalam keadaan menangis..
Tempat bertahan ketika kita hendak menyerah..Tempat berdoa ketika hilang tempat mengadu & ketika semua orang menjauh...Tempat untuk kembali bangkit sekalipun hati kita telah hancur berkali-kali..Tempat untuk tetap mengerti ketika tak ada satupun terlihat memberi erti dn semangat..Segala sesuatu yg terjadi Allah lebih memahami hati kita melebihi diri kita sendiri..

Wednesday, October 19, 2011

Ceritera hati ~ Ramadhan 1432H ~ (1)



Ramadhan datang lagi.
Pesta Ibadah kembali lagi.
Terima kasih Tuhan kerana menemukan aku dengan Ramadhan yang penuh barakah ini.
Alhamdulillah wa syukurillah..

Secara tiba-tiba, terlintas di benakku..Mungkinkah ini Ramadhan yang terakhirku? Bersediakah aku untuk itu? Lantas..niat diperkemas. Hati bergetar hebat. Takut.. Ya, memikirkan umur yang tidak tahu bila tamat tempohnya khidmat sebagai khalifah di muka bumi.

Niat sudah ada. Persiapan diperkemas. Ilmu Ramadhan perlu dipenuhi untuk menempuh akademi Ramadhan yang menjamin Ijazah Ketaqwaan dan Sarjana sucinya jiwa. Ganjaran pahala dan syurga abadi menanti bagi insan-insan yang berpuasa. Dan..aku inginkan itu...pahala yang seterusnya membawaku ke syurga abadi disamping ketenangan jiwa yang menjanjikan kebahagiaan. Ramadhan itu bulan maghfirah. 




Ramadhan kali ini kurasakan lebih indah kerana aku benar-benar memaknakan Ramadhan itu sendiri. Bermula dengan juadah berbuka puasa yang disediakan oleh umi serta adik-adikku. Riuh ketika di dapur usah dikata, agaknya, satu Kuantan boleh dengar! :)

Diserikan lagi dengan solat Terawih berjemaah biarpun hanya dilakukan di rumah. Keadaan umi yang sebegitu tidak memungkinkan untuk kami solat di masjid berdekatan sementelah abah pula berada nun jauh di Terengganu. 

Sedang enak menikmati nikmat Tuhan yang tiada penghujungnya aku dikhabarkan dengan suatu berita...berita mengejutkan.. Dia...yang pernah wujud dalam relung hati ini...Dia yang pernah ku impikan untuk menjadi imam ku suatu hari nanti...Dia...yang pernah ku bayangkan dalam angan-angan ku untuk menjadi ayah kepada anak-anak ku kelak telah pun selamat.......................

Dan aku.....??

Bersambung.....

Tuesday, October 18, 2011

UA : Cabaran 50 Buku : (18) Jauh dari Cinta


UA : Cabaran 50 Buku : (18) Jauh Dari Cinta

Judul : Jauh Dari Cinta

Penulis : Adah Hamidah

Terbitan: Karyaseni Enterprise

Halaman: 636 m/s

ISBN : 978-967-0246-06-2

Cetakan pertama September 2011

Kulit belakang novel :

NYSA SAKINAH.

Cintanya pernah ditolak oleh abang angkatnya, Farish Aqil. Namun Farish Aqil kembali menagih kasih, lalu dengan rela dia menerima. Satu penemuan membuatkan dia kembali sedar, siapa dirinya. Lantas dia terikat dalam perkahwinan yang menjerat.

"Duduk berkurung dalam bilik ni kenapa? Makan tak... minum tak, nak sangat jatuh sakit ke? Nysa ingat kalau kurung diri macam ni dapat selesaikan masalah?"

"Masalah dah lama selesai kalau Abang Aqil tak datang masa majlis pernikahan kita dulu."


"Oh... jadi Nysa nak salahkan abanglah ni? Kalau abang tak boleh jatuh cinta dengan Nysa, kenapa Nysa nak salahkan abang pula? Kalau Nysa dah tahu yang abang tak pernah cintakan Nysa, buatlah sesuatu supaya abang boleh jatuh hati pada Nysa, jangan duduk berpeluk tubuh dalam bilik macam ni aje!"

Namun Nysa Sakinah, tidak terdaya dia melakukan semua itu. Lantas dia bertindak menjejaki wanita yang selama ini dicintai oleh suaminya. Kembali memulangkan bahagia buat suaminya.

FARISH AQIL.

Hati lelakinya dicabar, lantas dia terpaksa memulakan semua sedangkan hanya Lily dihatinya. Takkan ada wanita lain.

"Tolong kekal jadi adik abang sampai bila-bila. Abang betul-betul selesa dengan keadaan macam ni."

"Abang Aqil boleh anggap yang permintaan Abang Aqil tu dah tertunai sepenuhnya sebab memang Nysa hanya akan kekal sebagai adik Abang Aqil sepanjang hayat Nysa. Semua dah cukup jelas."


Bagi Nysa Sakinah, bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi! Maka, kerana dia seorang isteri, pengorbanan adalah hadiah teristimewa buat seorang suami!

Sinopsis :

Bingkisan cinta terindah Nysa Sakinah buat sang jejaka yang berjaya mencuri hatinya tanpa sedar. Dia pernah jatuh cinta pada abang angkatnya sewaktu dia masih bergelar siswi. Dia pernah memberi seluruh jiwanya pada yang bergelar tunangannya. Dia menghamparkan seluruh cinta, kasihnya, jiwa raganya pada yang hak – suami. Semuanya diberikan tulus ikhlas dari dalam jiwa untuk orang yang sama – Farish Aqil.

Cintanya pernah dipersiakan suatu waktu dulu. Lantas, perlu diapakan lagi cintanya itu? Dikuburkan? Atau disimpan kejap di sudut jiwa paling dalam?

Suatu saat, dia dipanggil pulang. Ada yang datang merisik khabar. Dia dilarang sama sekali untuk menolak. Ayahnya berkeras! Lalu, apa pilihan yang dia ada…? Siapa jejaka itu? Dr. Farish Aqil. Aqil juga mendesak untuk dia menerima Aqil sebagai tunang.

Suatu penemuan membuatkan dia tekad untuk mencari bahagia buat insan yang dicintainya. Apa yang telah Nysa temukan? Berjaya kah Nysa dalam menyatukan dua hati walaupun hatinya luka parah sendiri. Mari kita gali dan selam kisah hati penuh sadis dalam Jauh dari Cinta.

Bicara Ummu Ammar :

Jauh dari Cinta.. Melihat pada judulnya sahaja membuatkan UA merasakan ini adalah kisah cinta yang sadis. Yang bakal membuatkan seantero pembaca berada dalam lautan airmata. Pada dasarnya, jalan ceritanya amat mudah tetapi diselitkan dengan suatu rasa yang dinamakan ‘pengorbanan’ membuatkan penceritaannya seperti sesuatu yang kompleks.

Pendek kata, Jauh dari Cinta adalah sebuah kisah cinta penuh dengan pengorbanan. Nysa malu yang amat apabila cintanya ditolak mentah-mentah oleh sang jejaka atas alasan ‘Nysa hanya adik abang’. Lalu, dia mengambil keputusan untuk tinggalkan semuanya. Putuskan persahabatan juga ikatan ‘adik-abang angkat’.

Nysa punya cinta yang amat mendalam buat Aqil lantas dia mengambil keputusan untuk berkorban apa sahaja asalkan cinta hatinya itu bertemu bahagia dengan insan yang dicintainya. Yang pastinya…cinta Aqil bukan miliknya. Ya..cintanya pada Aqil cinta paling Agung. Namun, cintanya pada Tuhan tiada tandingan. Dia mengadu padaNya saat hatinya luluh dikecewakan sang suami, dia merintih pada sang Pencipta saat jiwanya ketandusan kasih sayang suami yang tidak menghiraukannya. Dia berbicara dengan sang Pencipta cinta memohon petunjuk semoga perancangan yang dicipta buat kebahagiaan suaminya mendapat restuNya.

Bahagiakah kita andai si dia bahagia? Benarkah itu dinamakan bahagia pada hakikatnya hati kita sendiri kita cincang lumat dan dititiskan dengan air limau. Pada pengamatan UA, tidak wajar pengorbanan Nysa itu. Kerana dia lebih berhak ke atas Aqil – suaminya. Bukannya menunjuk jalan membuka ruang untuk membiarkan Lily merampas segalanya. Nysa sepatutnya lebih mempertahankan dirinya dan keluarga syurga rumahtangga yang baru saja dibina.

Namun itulah definisi cinta Adah Hamidah yang disampaikan melalui Jauh dari Cinta. Benar, cinta itu membahagiakan. Cinta itu mendamaikan. Namun, cinta itu juga bisa mematikan jiwa. Tahniah Adah Hamidah!

Sunday, October 16, 2011

UA : Cabaran 50 Buku : (17) Hanya Dia Sufi





UA : Cabaran 50 Buku : (17) Hanya Dia Sufi

Judul : Hanya Dia Sufi

Penulis : Lili Norlaili

Terbitan: Jemari Seni Sdn. Bhd.

Halaman: 430 m/s

ISBN : 978-967-5118-64-7

Cetakan pertama Julai 2011

Kulit belakang novel :

ada rasa sesal setelah aku membuka luas hati ini untuk dia mentadbirnya

Ini kisah Sufi Najiha yang terlalu berahsia. Sufi Najiha memang sentiasa ceria, tapi siapa tahu apa yang berlagu dalam hatinya? Sudah begitu banyak dia menanggung derita; sudah begitu lama kisah silamnya tersimpul rapi. Dia dipaksa memilih dan akhirnya dia sendiri terperangkap dengan pilihannya itu. Dia tinggalkan sebuah cita-cita untuk sebuah kebahagiaan yang bukan miliknya.

Tapi sampai bila, dia harus mengalah dengan hati?

Setelah sepuluh tahun berlalu dia bertemu semula dengan ‘suami semalam’nya itu semula.

“Kenapa diam? Tak ada apa-apa yang nak

‘diupdatekan untuk one night husband’ awak ni?”

Bagaimana untuk membuang Shah daripada hati, kalau dia tidak pernah sekali pun melupai ‘suami semalam’nya itu.

* * *

LILI NORLAILI memilih Hanya Dia Sufi untuk ‘melukis’ hati Sufi Najiha – gadis manis yang terpaksa dewasa sebelum waktunya. Lalu Hanya Dia Sufi telah mematangkan Sufi Najiha dan juga tulisan LILI NORLAILI.

Bicara Ummu Ammar :

Hanya Dia Sufi memaparkan lukisan hati seorang Sufi Najiha. Sebuah novel yang UA kira penuh dengan ‘tiba-tiba’. Bukan apa, setiap yang berlaku pasti secara tiba-tiba. Tak ada angin, tak ada rebut, mereka sudah mengungkap rasa hati masing-masing walaupun tiada apa yang terungkap sebenarnya. Dan ini merupakan kelebihan novel ini atau lebih tepat lagi jalan cerita yang bersesuaian dengan umur watak utamanya – Sufi Najiha.

Sufi Najiha – Seorang gadis yang telah dicuri hatinya tika umur baru meningkat setahun jagung. Masih mencari apa itu makna cinta dari segala sudut. Di Texin Instrument, segalanya bermula. Jatuh cinta dengan bos sendiri yang jurang umurnya hampir sepuluh tahun. Ah, pedulikan itu semua. Andai hati mula membisik cinta, semuanya tidak akan menjadi halangan. Cintanya pada Shah tiada galang gantinya.

Shah – Jejaka yang senatiasa tersenyum ini merupakan anak bongsu kepada pasangan Maria dan Rahmat. Sudah menjadi suatu tradisi kepada Puan Maria untuk mencari jodoh buat kesemua anaknya. Shah tidak terkecuali. Lelaki matang berusia 28 tahun ini sanggup melakukan apa sahaja asalkan dia dapat bersama dengan Sufi hatta meingkari perintah ibunya. Dia ingin melayari bahtera rumahtangga hanya dengan Sufi nya. Hanya Sufi yang bertakhta dalam hati nuraninya.

Penulis – Lili Nurlaili – menggarap kisah cinta Sufi dan Shah dengan penuh rasa cinta dan pengorbanan. Walaupun pengorbanan yang UA kira merugikan kedua-duanya sekali. Pengorbanan yang jika diselitkan dengan sedikit kesabaran dan diadun dengan sedikit kekuatan pasti bahagia menjadi hak mutlak mereka. Tahniah kepada penulis.

Cuma terdapat beberapa adegan yang UA tidak berkenan. Contohnya seperti Sufi yang mengambil jalan mudah untuk berkahwin dengan kekasih hatinya tanpa pengetahuan sesiapapun. Tidak difikirkan langsung perihal hati ibu yang bersusah payah mendidiknya dengan penuh kasih sayang. Tidak cukup dengan itu, atas dasar ‘pengorbanan’ ditinggalnya pula sang suami terkontang-kanting sendirian melayari hidup seorang diri. Bukan dia tidak sedar itu semua membawanya lebih dekat dengan neraka.

Itu bisa dijadikan pengajaran oleh kita semua. Bacalah Hanya Dia Sufi untuk selami jiwa anak muda seorang Sufi Najiha dan hati lelaki seorang Shah yang setia pada cinta.