Friday, August 26, 2011

UA : Cabaran 50 Buku : (5) Akademi Ramadan Menuju Puncak Taqwa



UA : Cabaran 50 Buku : (5) Akademi Ramadan Menuju Puncak Taqwa
Judul : Akademi Ramadan Menuju Puncak Taqwa
Penulis : Abdul Razak Muthalib
Terbitan: PTS Islamika Sdn. Bhd.
Halaman: 64 m/s
ISBN : 978-967-366-090-2
Terbitan pertama 2011

Kulit belakang novel :

Akademi Ramadan terbuka buat semua!

Penerimaan kemasukan hanya setahun sekali,

Pelajar perlu bersedia daripada segi rohani dan jasmani,

Tujuan akhir adalah kembali kepada fitrah insani,

Menjadi hamba yang taat kepada Tuhan langit dan bumi.

Akademi ini mengajar erti kehidupan!

Tiada beza darjat dan harta,

Miskin dan kaya dirai serupa,

Asal hati redha menerima,

Terus berusaha sedaya upaya.

Sesungguhnya akademi Ramadan adalah hadiah daripada pencipta kepada hamba-hambaNya.

Bicara Ummu Ammar :

UA berubah angin seketika mencari sedikit ilmu sebagai penerang hati penyujian jiwa. Andainya hati ini bisa dilihat oleh mata kasar, mungkinkah dipenuhi dengan tompok-tompok hitam disebabkan oleh dosa yang dilakukan. Dan Alhamdulillah, Allah mengilhamkan untuk UA membaca buku ini. Buku nukilan seorang pensyarah muda ini begitu mudah difahami dan terus meresap ke dalam hati yang sedang mencari dan terus mencari cinta, kasih, dan redha dariNya. Akademi Ramadan menuju puncak Taqwa nama diberi. Bukan hanya Akademi Fantasia, Akademi Al-Quran, Pusat Akademi Memandu yang memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar, tetapi Akademi Al-Quran turut memerlukan persediaan rapi yang selalunya dipandang enteng oleh sesetengah golongan manusia.

Dimulakan dengan minggu suai kenal bersama “Ramadan” lalu disuakan dengan berita-berita gembira bagi mereka yang berpuasa. Ganjaran pahala dan syurga abadi menanti bagi insan-insan yang berpuasa. Fitrah manusia, jika diberi pilihan sama ada untuk mengetahui tentang sesuatu yang baik mahupun tidak baik, pasti memilih yang baik, menggembirakan dan membahagiakan.

Peraturan dan undang-undang khas yang wajib dipatuhi sepanjang berada dalam akademi Ramadan ini merujuk kepada perkara-perkara yang membatalkan puasa dan sebagainya. Buku ini sangat bagus untuk semua peringkat umur.

Apa yang membuatkan UA suka sangat dengan buku ini ialah saiznya yang kecil dan UA boleh membawa ke mana sahaja disamping ilmu yang disampaikan dikuatkan lagi dengan hadith-hadth sahih membuatkan UA sangat merasai Ramadan kali ini. Hadith-hadith palsu turut disertakan didalam buku ini agar kita terus berhati-hati dengan sesuatu hadith yang kita dengar. Bukannya kita tidak boleh beramal dengan hadith-hadith palsu ini tetapi ia bagi mengelakkan dan menghapuskan pendustaan terhadap Rasulullah saw.

Sungguh puasa itu mendidik jiwa. Puasa itulah yang akan mengelakkan kita dari melakukan maksiat, berbelanja secara berlebihan dan sebagainya. Ibadah puasa menjadi perisai untuk mengekang pengaruh syaitan yang sering membawa kita ke kancah dosa.

Ramadan itu bulan “pesta ibadah”. Mengapa UA katakan ia sebagai pesta ibadah..? kerana pada bulan mulia inilah kita dapat lihat semua manusia berbondong-bondong ke masjid untuk menunaikan Solat Tarawih, masa “lunch” disibukkan dengan berlumba-lumba untuk mengkhatamkan Al-Quran walhal sebelum bulan Ramadan, amat payah untuk dihabiskan waima satu juzuk. Mereka yang tidak solat juga tidak menutup aurat turut berpuasa. Indahkah Ramadan itu…? Kerana Ramadan itu anugerah terindah buat kita dari Rabbul Izzati.

p/s : mungkinkah ini Ramadan terakhir kita..? Semoga bertemu dengan malam Al-Qadar dan puncak taqwa yang dicari.. Ameen

Khas buat sang penulis muda : Ustaz.. teruskan menulis. Teruskan menyampaikan dan berkongsi ilmu dengan kami yang sangat dahagakan ilmu.. :)

Thursday, August 25, 2011

Saya...sudah bertunang...







Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu.

Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada.

Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.

Aku hanya seorang Insyirah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini.

Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.

Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidatina Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam.

Aku hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.

Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian.

Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila.

"Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?"

Aku menjawab tenang..

"Warna putih, bersih..."



"Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat."

"Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan."

Ibu angguk perlahan.

Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu... helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh nubari aku sebagai hamba Allah.

”Malam Pertama...” Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.

Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran.

Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang... As-Syifa' aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.

"Kak Insyirah, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?"

Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga.

"Insya Allah, 'dia' tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama."

Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi.

"Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!"

Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan 'dia' yang mendekatkan aku dengan Allah.

Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa' ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.

"Bila enti menikah?"

Aku tiada jawapan khusus.

"Insya Allah, tiba waktunya nanti enti akan tahu..."

Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.

"Jemput ana tau!"

Khalilah tersenyum megah.

"Kalau enti tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana banyak-banyak! "Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.

"Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti..."

Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya.

Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu...

"Usah berlebihan ya..."

Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.

"Insyirah, jom makan!"

Aku tersenyum lagi... Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman.

"Tafaddal, ana puasa."

Sahabiah juga semakin galak mengusik.

"Wah, Insyirah diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat... Tarikhnya tak tetap lagi ke?"

"Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi."

Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja.







*** *** ***



"innalillahi wainna ilaihi rajiun..."


"Tenangnya.. . Subhanallah. Allahuakbar. "


"Ya Allah, tenangnya... "


"Moga Allah memberkatinya. ..."


Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu.

Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri.

Akhirnya, mereka ketahui sosok 'dia' yang mendekatkan aku kepada Allah.

Akhirnya, mereka kenali sosok 'dia' yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum.

Akhirnya, mereka sama-sama mengambil 'ibrah dari sosok 'dia' yang mengkhitbah ku.


Dalam sedar tidak sedar...

Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku...

Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa'nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi.

Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.

"Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui..."


*** *** ***


Akhirnya, Khalilah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian...

"Insyirah bertunang dengan siapa, mak cik?"

Ibu tenang menjawab...

"Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Insyirah hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh."

"Allahuakbar. .."

Terduduk Khalilah mendengar, air matanya tak mampu ditahan.

"Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama..."

Ibu angguk, tersenyum lembut...

"Ini nak, bukunya."

Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk 'Malam Pertama di Alam Kubur'.

"Ya Allah, patut la Insyirah selalu menangis... Khalilah tak tahu mak cik."

"Dan sejak dari hari 'khitbah' tersebut, selalu Insyirah mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan.. ."

Khalilah masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari Insyirah yang diberikan oleh ibu.

"Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil 'ibrah bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu."

Mulai hari ini, jangan bersoal tika melihat ana memakai cincin. Kerana, ana sudah bertunang! Bertunang dengan kematian, tidak tahu bila ana akan dinikahkan dan tidak tahu bagaimana rezeki di malam pertama. Tetapi, sekurang-kurangnya apabila sudah dirisik dan bertunang, kita sama-sama akan mempersiapkan diri sebaik-baiknya walaupun bukan yang terbaik untuk hari pernikahan dengan KEMATIAN.

Wallahua'lam.

Cukuplah kematian itu mengingatkan kita... Cukuplah kita sedar kita akan berpisah dengan segala nikmat dunia. Cukuplah kita sedar bahawa ada hari yang lebih kekal, oleh itu sentiasalah berwaspada. Bimbang menikah tergesa-gesa, tahu-tahu sudah disanding dan diarak seluruh kampung walau hanya dengan sehelai kain putih tak berharga.

Setidak-tidaknya, Insyirah sudah 'membeli' baju pernikahannya. .. Arh... Untungnya Insyirah.

~ Kullu nafsin za'iqatul maut ~

Wednesday, August 24, 2011

UA : Cabaran 50 Buku : (4) Maaf, Saya bukan Bibik!


UA : Cabaran 50 Buku : (4) Maaf, saya bukan Bibik!

Judul : Maaf, saya bukan Bibik!

Penulis : Nashmin

Terbitan: JS Adiwarna Sdn. Bhd.

Halaman: 340 m/s

ISBN : 978-967-0201-10-8

Cetakan pertama Mei 2011

Kulit belakang novel :

Bahasa Melayu SPM tu ‘kacang’ baginya. Lalu dia luangkan masa baca majalah hiburan saja. Hasil: Bahasa Melayu – 9G. Dia nekad mahu ambil semula SPM, tapi dia kesian pada ibu yang sudah jadi balu. Mereka sekeluarga bukan orang berada, tinggal pun di rumah pangsa DBKL saja.

Dia perlu cari duit sendiri!

Peluang terbuka luas apabila ada kerja kosong jadi orang gaji di Selama, Perak. Tapi mampukah dia gadis Kuala Lumpur hidup jauh di pedalaman? Lebih-lebih lagi, anak lelaki majikan yang sudah bertunang itu sangat benci padanya.

Bibikkkk!! Siang ikan bersih-bersih ya!!

Kerenah Zaki yang memang seperti mahu menghalaunya itu buat Suhana jadi geram bercampur sedih. Perlu terus bertahan? Atau dia mengaku kalah sahaja dan katakan pada Zaki: Maaf, Saya Bukan Bibik!

Ini memang novel pertama NASHMIN. Namun karyanya sudah memperlihatkan kematangan; dia menulis daripada hati yang jujur lagi polos. Pemilik ijazah Sarjana Muda Pengajian Melayu ini garap bahasa Melayunya dengan baik sekali, menarik dan bersahaja. Prinsipnya, ‘segala usaha dan kerja yang dilakukan kerana Allah maka akan dinilai sebagai ibadah’.

Bicara Ummu Ammar :

Novel sulung Nashmin bersama Jemari Seni ini sangat mencuit hati. Maaf, saya bukan bibik! Berkisarkan kisah seorang gadis polos bernama Suhana yang hidup dalam golongan sederhana yang menetap di Kuala Lumpur. Seorang pelajar yang mengambil remeh dengan kertas Bahasa Melayu SPMnya. Menganggap yang dia bakal Berjaya dengan cemerlang dalam kertas Bahasa Melayu tanpa perlu mengulang kaji pelajaran tersebut. Hakikatnya kertas Bahasa Melayu tidak semudah yang disangka. Kerana Bahasa Melayu itu ditinggikan tinggi dengan nilai gaya bahasa yang sangat indah dan melankolik, bukan seperti yang tercatat di dalam majalah hiburan yang biasanya menggunakan bahasa yang lebih santai dan sempoi.

Novel Si Manis 17 ini mengangkat nilai-nilai murni yang terdapat di dalam diri Suhana. Seorang anak yang bertanggungjawab, yang mementingkan keluarganya. Tidak mahu menyusahkan ibunya, Su tidak kisah untuk menjadi orang gaji, asalkan pendapatan yang dia dapat adalah halal kerana wang itu ingin digunakan untuk mengulang semula peperiksaan SPM.

Suka untuk saya tegaskan disini bahawa penulis telah berjaya meletakkan watak utama sebagai seorang yang tegas dan berpegang teguh dengan prinsip yang ada dalam diri. Prinsip hidup Suhana berlandaskan Quran dan Sunnah. Haram untuk berdua-duaan antara lelaki dan perempuan. Tidak perlu untuk mematuhi arahan majikan andainya ia mengundang kemarahan Allah semata.

Belajar dari kesilapan. Usaha tangga kejayaan. “Never say No, if Allah says yes!” Itulah warna-warni kehidupan manusia, dalam cahaya mahupun kegelapan, kita punya pilihan sama ada untuk bangun dan terus berjuang atau membiarkan anasir-anasir negative terus bermaharajalela dalam hati untuk menyekat jalan menuju kejayaan dan kebahagiaan.

Friday, August 19, 2011

UA : Cabaran 50 Buku : (3) Roti Cicah Susu


UA : Cabaran 50 Buku : (3) Roti Cicah Susu

Judul : Roti Cicah Susu

Penulis : Liza Nur

Terbitan: Grup Buku Karangkraf – Buku Prima

Halaman: 476 m/s

Cetakan 1 - 2011

Kulit belakang novel :

Umaira (Mai) dibesarkan bersama Elmiyya (Elmy), Arissa (Aris) dan Aiman (Ayim)di sebuah rumah kebajikan, Teratak Markissa. Sebelum dewasa, Teratak Markissa musnah angkara Geng Tengkorak. Mereka semuanya berpisah. Mai terpaksa tinggal bersama si kaki dera. Ayim diserahkan kepada Haidar, konco kanan Geng Tengkorak. Namun, Ayim benci pada keganasan Haidar. Hobinya adalah membaca novel-novel cinta hasil karya Widad Qameela. Pertemuan WIdad dan Ayim di dalam penerbangan ke Malaysia telah membawa kejutan. Widad rupa-rupanya adalah Mai, si comot berhingus yang pernah bergerak bagaikan kembar siam dengannya dulu. Bagaimana pula dengan rakan-rakan lama mereka yang lain?

Aku takkan biarkan putaran masa lumpuhkan kenangan kita. Mungkin sekarang kau dah besar, dah lawa. Tapi, bagi aku, kau tetap budak comot yang berhingus macam dulu. Tak kira apa pun yang jadi, aku akan tetap sayang kau sampai bila-bila. Cuma aku takut untuk mendampingimu, Mai. Sebab aku juga bukan Aiman yang dulu.Ayim

Aku memandang awan mega dari sudut terpencil. Putihnya, tulusnya, tidak kulihat di hati mereka yang aku cintai, mereka yang kupanggil saudara. Aku mahu melangkah di atas angin, cuba menjejak istana kayangan di kaki langit. Sedangkan aku tahu, tubuh berdosa ini akan jatuh menghentam bumi, takkan sampai ke taman larangan yang aku impikan.Mai

“Jo, Aris terima Jo seadanya. Walaupun orang panggil Jo lembik, sotong. Dulu Aris angkuh, Aris pandang rupa dari hati yang ikhlas. Sekarang barulah Aris faham, cinta sejati bukan tafsiran mata. Mata hanya mampu memandang bukan merasa dan menilai.”Aris

Bicara Ummu Ammar :

Novel ketiga karya Liza Nur bersama dengan Buku Prima kali ini mempunyai sedikit kelainan berbanding novel-novel sebelum ini. Melihat tajuknya sahaja membuat hati saya melonjak ingin mengetahui apakah kaitan kisah penceritaan dengan tajuknya. Dan saya telah mempunyai jawapannya seawal bab tiga. Roti tawar cicah susu merupakan makanan kesukaan Mai dan menjadi suatu kebiasaan untuk mereka memujuk Mai dengan roti tawar cicah susu.

Menyingkap kisah hati anak-anak yatim yang telah dibesarkan di Teratak Markissa. Mai, Ayim, Aris dan Elmy. Empat sahabat yang sanggup berkorban antara satu sama lain walaupun perasaan cemburu Elmy terhadap Mai sangat menjulang tinggi. Kasih sayang antara mereka dan juga penghuni Teratak Markissa dapat dirasai sedangkan antara mereka tiada pertalian darah mahupun DNA.

Disangkakan panas hingga ke petang, namun hujan di tengah hari, Teratak Markissa yang dahulunya dipenuhi dengan gelak tawa dan bunga bahagia direntap dengan satu kejadian hitam yang telah menimpa Raudhah dan Pak Lok. Raudhah telah dirogol dan dibunuh manakala Pak Lok turut dibunuh semasa dalam perjalanan ke rumah sahabat Raudhah. Mula saat itu, penyumbang terbesar Teratak Markissa menarik diri dari terus menyumbang dan membekalkan wang untuk kegunaan anak-anak. Hakikatnya, pembunuhan Raudhah dan Pak Lok merupakan satu propaganda Geng Tengkorak untuk mendapatkan anak kandung kepada Big Bos Geng Tengkorak.

Dan bermulalah episod perpisahan antara mereka. Mai dengan si pendera, Ayim dengan Haidar si ganas yang merupakan konco Geng Tengkorak. Jasad mereka terpisah dek ruang dan waktu tetapi hati mereka tetap bersatu. Tiap denyutan nadi dan degupan jantung, tiap kali itu juga rindu mendenyut. Debaran demi debaran mencuit hati saya dalam terus mengharungi kisah mereka hingga ke penamat. Penulis begitu bijak mencetuskan rasa cemas dalam cerita. Semuanya berkaitan antara satu dengan yang lain tanpa sedar.

Antara pengajaran yang diperolehi daripada bingkisan Liza Nur kali ini ialah

1. Rasa cemburu perlulah dijauhi kerana secebis rasa itu boleh merosakkan segalanya. Sebagai contoh, Nazri yang sanggup berbunuhan hanya kerana cemburukan Zulkifli dan hal ini turut berlaku di dalam Geng Tengkorak itu sendiri.

2. Keterikatan hati antara mereka (Ayim, Aris, Mai, Elmy, Zul) sangat teguh dan utuh sehingga sanggup mengorbankan nyawa sendiri hanya untuk melihat adik-beradik mereka selamat.

3. Pentingnya untuk kita berfikir sebelum bertindak kerana salah tingkah, rosak masa depan kita seperti Zul yang telah membunuh Razak kerana mengesyaki Razak yang bertanggungjawab membunuh Raudhah dan Pak Lok.

4. Mereka menerima seadanya baik dan buruk tentang sahabat mereka. Walaupun Aiman telah dipenjara, sahabat-sahabatnya tidak pernah membuang Aiman, tidak seperti dunia luar sekarang yang memandang serong pada seorang banduan.

Antara benci dan sayang, percayalah perasaan sayang itu lebih kuat. Cinta suci dan ikhlas itu akan menghapuskan rasa benci. J


Thursday, August 18, 2011

UA : Cabaran 50 Buku : (2) Baju Melayu Hijau Serindit


UA : Cabaran 50 Buku : (2) Baju Melayu Hijau Serindit

Judul : Baju Melayu Hijau Serindit

Penulis : Syud

Terbitan: Jemari Seni Sdn. Bhd.

Halaman: 430 m/s

ISBN : 978-967-5118-59-3

Cetakan pertama Mei 2011

Kulit belakang novel :

Dia ibarat seperti orang yang sedang berjalan di lantai dapur selepas ada pinggan pecah... harus berhati-hati dia, kerana kaca yang tidak nampak dek mata itu boleh melukakan kakinya.

~ I ~

Hidup seorang Wardah senang sahaja. Dia bersyukur kerana dia tidak pernah menghadapi situasi yang sukar (setakat inilah).
Hidupnya menjadi drama apabila mama mula campur tangan. Dia tidak mahu jadi anak tak dengar kata. Jadi harus bagaimana dia, untuk menghalang rancangan ‘mencari jodoh’ mama itu?

“Mama, janganlah libatkan Ilham. Biarlah lelaki tu nak pilih suka siapa pun.”

~II~

Dia bukanlah lelaki yang mudah jatuh cinta; namun tak ramai yang percaya akan hal itu. Dulu, hatinya juga pernah ‘hilang’ daripada dirinya. Sekali. Tak ramai yang tahu tentang itu!

“Apa yang I dapat kalau I tolong you?”
“You dapat jadi boyfriend I.”


Tapi apabila dia betul-betul jatuh hati pada seseorang, orang itu pun tak nak percaya.
Sedihlah
L

Sinopsis:

Baju Melayu Hijau Serindit mengisahkan kehidupan seorang Wardah. Wanita berkerjaya yang tinggal bersama keluarga di Kuala Lumpur tetapi masih belum berpunya kerana tidak ramai lelaki yang dikenali melainkan ayahnya dan juga Ilham yang merupakan perkerja kepada ayahnya. Wardah mula kalut apabila ibunya ingin menjodohkannya dengan Ilham. Kalut yang bukan dibuat-buat. Wardah menolak Ilham bukan kerana tidak suka akan Ilham tetapi apabila mengetahui yang Ilham baru sahaja putus tunang, Wardah tidak menyokong malah menolak bulat-bulat cadangan ibunya itu.Wardah sering ditemukan dengan Pacai atau nama sebenarnya Firas secara kebetulan. Pertemuan pertama antara mereka sewaktu Wardah ke kedai buku di Ampang Park untuk membeli novel Nyanyian Tanjung Sepi bagi menggantikan novel adiknya yang telah Wardah jatuhkan ke dalam lopak air. Suatu kebetulan, apabila Firas juga turut membeli novel yang sama. Bukan sebuah tetapi dua buah novel dengan tajuk yang sama. Dan.. itu adalah stok terakhir di kedai buku tersebut membuatkan darah Wardah menyirap kerana novel tersebut tidak lagi diulang cetak. Bermula dari saat itu Wardah menggelarkan Firas dengan nama “Shrek” kerana pada waktu itu Firas memakai sepasang baju melayu berwarna hijau serindit.

Di pihak Firas pula, menggelarkan Wardah dengan panggilan “Dorothy” satu watak dalam Wizard of Oz kerana kasut yang dipakai Wardah berwarna merah. Kebetulan demi kebetulan menemukan mereka berdua dan akhirnya Firas memberanikan diri untuk berdepan dengan Wardah untuk perkenalan yang lebih jauh lagi.

Wardah yang masih pening dengan sikap ibunya yang ingin menjodohkannya dengan Ilham mula susah hati. Tidak semena-mena, hadir di benaknya suatu idea yang bernas. Iaitu meminta jasa baik Firas untuk berlakon sebagai kekasih hatinya. Bagai pucuk dicita ulam mendatang, Firas menerima saja kerana merasakan inilah peluang untuknya mengenali Wardah seterusnya menyunting Wardah sebagai isterinya yang sah.

Ujian demi rintangan telah dilalui oleh Dorothy dan Shrek. Mereka berselisih pendapat dan pemahaman dan akhirnya apabila berjauhan, baru tersedar bahawa cinta telah mengikat hati-hati mereka.

Bicara Ummu Ammar :

Buah tangan Syud kali ini lebih “bernyawa” berbanding bingkisan yang sebelumnya. “Cover”nya yang cukup indah telah mencuit hati ku untuk terus memiliki novel ini. Heroinnya, Wardah. Seorang gadis yang tidak mempunyai ramai kenalan lelaki. Gadis ini sangat berhati-hati dalam mencorakkan skrip hidupnya. Sahabat karibnya, Nik adalah tempat untuk meluah segala rasa dan masalah. Watak Nik sebagai sahabat, teman, dan taulan disusun dengan cantik sekali oleh penulis. Dan Firas, hero di dalam novel muncul dalam kamus hidup seorang Wardah secara kebetulan.

Kebetulan demi kebetulan menemukan mereka. Benarkah ia suatu kebetulan? Atau suratan Ilahi yang sememangnya ingin disatukan hati-hati antara mereka. Seringkali kita keliru dengan perasaan yang dihembuskan olehNya ke dalam hati kita. Cinta kah itu..? Atau hanya satu perasaan suka? Mahupun rasa kagum yang tinggi pada si dia. Dan acapkali juga kita salah tafsir akan perasaan-perasaan tersebut.

Saat berjauhan, terbit rasa kesepian dan kesunyian. Itulah yang Wardah rasai tatkala dia dan Firas berjauhan dan tidak berhubung antara satu sama lain. Ketika berjauhan baru kita tahu bertapa berertinya seseorang itu buat diri kita.

Berbanding novel-novel sebelum ini, Syud menulis dengan gaya bahasa yang santai tetapi indah. Saya sarankan kepada peminat Syud untuk membeli karya ini kerana di dalam novel ini juga ada kesinambungan kisah cinta Aulia dan Adil daripada novel Untuk Awak Teja Aulia. Selami jiwa Firas yang tidak mudah untuk jatuh cinta tetapi kesetiaannya tiada tandingan dan berkongsi kisah hati seorang Wardah yang sangat berhati-hati dalam mencorakkan kanvas kehidupannya.

Thursday, August 11, 2011

Tudungku karat....hatiku...???karatkah wahai hati..?

Bila tudung kesayangan terkena karat...sangatlah sedihnya.. Apa yg blh dilakukan...? Nak dibuang sayang...


Basuh punya basuh tonyoh dengan clorox pun sudah...


Apalagi yang boleh dilakukan...?


Serahkan pada yang tak berapa pakar..Tanyalah Mr Google.


Maka...terjumpalah tips ni..tips utk menghilangkan karat pada pakaian.. Ikuti langkah-langkah di bawah :

1.Ambil sebiji limau nipis
2.Belah limau tersebut menjadi dua bahagian
3.Tabur garam secukupnya di atas bahagian yang terkena karat
4.Gosokan ke limau nipis pada bagian yang terkena karat
5.Kemudian biarkan ia kering
6.Setelah itu cucilah baju tadi dengan sabun sehingga bersih.

Selamat mencuba..:)

Karat pada pakaian mungkin ada caranya utk kita menghilangkannya. Karat pada hati kita?
Mari kita renung sejenak.. Cantikkah hati kita..? Kekalkah ia seperti dahulu..? Tatkala kita dilahirkan beberapa puluh tahun dlu...? Sucikah raja itu..?
Berapa titik noda hitam yang sudah kita titikkan pada hati kita..?

Astaghfirullahal 'adzim..

Kata Rasulullah saw bahawa di dalam diri manusia ada seketul daging, jika baik daging itu, maka baiklah manusia tersebut. Sebaliknya, jika jahat daging itu, maka jahat pulalah orang tersebut. Daging itu adalah HATI.

Mengapa hati yang perlu kita jaga..? Kerana disitulah bermula segalanya. Dari hati membawa kepada akal dan dihantar ke impuls-impuls saraf lalu jadilah ia suatu tindakan. Itulah peranan utama hati. Ia umpama raja dalam kerajaan diri manusia. Jika raja baik dan mantap, maka rakyat turut baik dan hebat. Dan begitulah juga yang berlaku pada kaki, tangan, mulut, mata, telinga dll turut akn menjadi baik andai hati itu baik.


Apa yang bersemi di hati, menentukan apa yang diterima sebagai pantulannya.

That's why bila hati kita sakit dengan seseorang sebagai contoh, terpancar keruhnya wajah kita.
Tatkala kita bersedih hati, bertapa murungnya wajah kita kelihatan. Dan tidak mustahil bg insan
-insan yang terlalu mengagungkan cinta manusia akan jatuh sakit apabila cinta mereka terputus di tengah jalan. Pokok pangkalnya terletak pada hati. Semuanya hati..

Hati...disitulah letaknya iman. Andainya hati kita penuh dengan karat-karat, masih berpeluangkah nur iman utk menyelit di situ? Ikhlas kah kita melakukan sesuatu jika hati kita dipenuhi debu-debu dosa? Ya Allah...ampuni dosa-dosa kami ya Allah..

Kualiti hati menentukan kuantiti amalan,
Kuantiti amalan menentukan kualiti hati...

Pendek kata, hati yang akan menentukan perbuatan yang kita lakukan itu amalan yang baik ataupun sebaliknya...

Jadi persoalannya disini...Bagaimana utk membersihkan hati...?

Jawapannya simple sangat... IBADAH... kenapa Ibadah...? kerana... Tujuan Ibadah adalah utk membersihkan hati. Seluruh amal ibadat dalam Islam sebenarnya bertujuan utk memperbaiki dan meningkatkan kualiti hati..




Sahabat, mari lah kita sama-sama renew hati kita :)

Jagalah hati jangan kau kotoriJagalah hati lentera hidup ini
Jagalah hati jangan kau nodai
Jagalah hati cahaya Ilahi

Bila hati kian bersih
pikiran pun akan jernih
Semangat hidup nan gigih
Prestasi mudah diraih

Namun bila hati keruh
Batin selalu gemuruh
Seakan dikejar musuh
Dengan Allah kian jauh

Jagalah hati jangan kau kotori
Jagalah hati lentera hidup ini
Jagalah hati jangan kau nodai
Jagalah hati cahaya Ilahi

Bila hati kian suci
tak ada yang tersakiti
Pribadi menawan hati
ciri mu’min sejati

Namun bila hati busuk
pikiran jahat merasuk
Akhlak kian terpuruk
jadi makhluk terkutuk

Jagalah hati jangan kau kotori
Jagalah hati lentera hidup ini
Jagalah hati jangan kau nodai
Jagalah hati cahaya Ilahi

Bila hati kian lapang
Hidup sempit terasa senang
Walau kesulitan datang
Dihadapi dengan tenang

Tapi bila hati sempit
Segalanya jadi rumit
Seakan terus menghimpit
Lahir batin terasa sakit

Jagalah hati jangan kau kotori
Jagalah hati lentera hidup ini
Jagalah hati jangan kau nodai
Jagalah hati cahaya Ilahi

Jagalah hati jangan kau kotori
Jagalah hati lentera hidup ini
Jagalah hati jangan kau nodai
Jagalah hati cahaya Ilahi

Bila hati kian bersih
pikiran pun akan jernih
Semangat hidup nan gigih
Prestasi mudah diraih

Namun bila hati keruh
Batin selalu gemuruh
Seakan dikejar musuh
Dengan Allah kian jauh

Jagalah hati jangan kau kotori
Jagalah hati lentera hidup ini
Jagalah hati jangan kau nodai
Jagalah hati cahaya Ilahi

Bila hati kian suci
tak ada yang tersakiti
Pribadi menawan hati
ciri mu’min sejati

Namun bila hati busuk
pikiran jahat merasuk
Akhlak kian terpuruk
jadi makhluk terkutuk

Jagalah hati jangan kau kotori
Jagalah hati lentera hidup ini
Jagalah hati jangan kau nodai
Jagalah hati cahaya Ilahi

Jagalah hati jangan kau kotori
Jagalah hati lentera hidup ini
Jagalah hati jangan kau nodai
Jagalah hati cahaya Ilahi

Munsyid : Snada
Mungkin ni lagu zaman purbakala...tetapi liriknya sangat menyentapkan hati..

Tuesday, August 09, 2011

UA : Cabaran 50 Buku : (1) Quartet


UA : Cabaran 50 Buku : (1) Quartet.

Judul : Quartet
Penulis : Saidatul Saffaa
Terbitan: Jemari Seni Sdn. Bhd.
471 Halaman
Cetakan pertama April 2011


Sinopsis novel :
Ini kisah sekeping hati yang dicalit empat rona indah
sayangnya dia terlupa yang pelangi itu
jalurannya tujuh;
dan salju pula jadi cair dipanah mentari
lalu berguguran dihembus bayu luruh.

Ini kisah sekeping hati yang berkali-kali diuji,
takkan bercahaya pelangi sebelum hujan,
takkan bersinar indah bintang-bintang,
tanpa gelap malam.




Kata hatiku mengenai novel ini...

Quartet…Buah tangan kedua daripada Saidatul Saffaa. Sebuah novel yang saya kira sebagai novel pembangun jiwa. Novel yang mengisahkan kehidupan seorang Rumaisa dalam perjalanannya mencari cinta insani dan hakiki. Hakikatnya, cinta itu adalah fitrah insani.Sebuah perasaan indah lagi membahagiakan yang ditiupkan oleh Allah ke dalam setiap hati-hati hambaNya. Dan kerana fitrah jugalah, Misa cenderung untuk menyukai malah jatuh hati pada lelaki-lelaki budiman dan beriman dengan harapan hadirnya lelaki itu sebagai suami bisa membawanya lebih dekat padaNya.


Perjalanan kehidupan, kita merancang dengan cita-cita, tetapi Allah merancang dengan cintaNya. Misa mengharapkan Bilal untuk menjadi 'Imam'nya, tetapi Bilal takdirnya untuk Bella. Sakitnya terasa, luluhnya jiwa saat mengetahui Bilal bakal mendirikan rumahtangga. Merasakan Allah tidak adil buatnya. Maka, kerana cinta yang tidak kesampaian itu, Misa ingin mati. Azra dan Milah, sahabat yang diutuskan Allah buat Misa. Untuk menyedarkan dan menasihati akan perlunya hidup rasa BerTuhan.


Akhirnya kesedaran bahawa sememangnya Allah itu Adil, diuji setiap hambaNya kerana sayangNya Dia kepada hambaNya. Mendekatkan diri kepada Allah, mengenaliNya membuatkan Misa lebih kuat menghadapi kekecewaannya dengan Ustaz Mustaqim. Bagi mereka yang sering kecewa dengan cinta, bacalah novel ini sebagai panduan juga pengajaran.Menghayati kisah Quartet meningkatkan rasa Cinta kita padaNya, meluaskan rasa rindu kita pada Rasullullah, mencambahkan kasih kita pada kedua ibubapa dan sahabat kita.

.. Testing...testing...


Salam'alaik..

Salam Ramadhan Mubarak, Ramadhan Kareem :)


Wah..lama sudah tidak dijenguk, tidak diupdate..tidak dan segalanya tidak.
Busy agaknya, eh bukan la..tapi memang sibuk.. Apabila difikirkan semula dalam 24 jam tu sebenarnya banyak je benda yang blh kita lakukan..betul x..?


Adakah diri ini benar2 sibuk atau penyibuk...? Sila muhasabah diri ye cik Srikandi!


Andainya blog ni adalah besi..maka haruslah blog ni berkarat kan? Dan andainya blog ni laksana sarang lelabah...sememangnya bersawang lah sudah...oh...kasihannya padamu wahai blog..tetapi tuan mu ini bukanlah seperti kacang yang lupakan kulit. hehehe..





Asif Jiddan! Kemahiran menulis yang sememangnya cetek, makin terhakis setelah lama tidak diasah dan di praktiskan..kata org "practice make perfect" huhu...


Apa-apa pn semuanya datang dari Allah. Selamat berpesta ibadah pada semua..Semoga
Ramadhan kali ini bukanlah Ramadhan yang terakhir buat kita semua. Dan menjadikan
bulan penuh barakah ini sebagai titik tolak bermulanya keakraban kita padaNya. Ameen..