Tuesday, December 31, 2013

I think I got the answer!



“If you love two people at the same time, choose the second. Because if you really loved the first one, you wouldn't have fallen for the second” 

Selamat Sejahtera ke atas kamu.. :)

tahu x sape yg cakap quote kt atas tu?

.
.
.
.
.

Pakcik Johny Deep yang cakap!

Maksudnya... 

 “Andai kamu mencintai dua orang pada masa yang sama, pilihlah yang kedua. Kerana jika kamu benar-benar mencintai yang pertama, kamu tidak akan jatuh cinta kepada yang kedua.

pehe dop?????

ha.. kesimpulannya????

istikharah la der.. lagi mau tanya!

Monday, November 18, 2013

Bukan Hanya Ada Kita

Salam sejahtera ke atas kamu.

Subhanallah
Alhamdulillah
Allahuakbar!

Bukan Hanya Ada Kita...
.
.
.
.

Ok. tajuk novel sebenarnya. Bukan hanya ada Kita. Nukilan kak Naz.. ye.. Nazurah Aishah. Penulis yang seringkali membawa jiwa pembaca menelurusi kekentalan jiwa heroin nya. Plot cerita untuk sebuah kehidupan bermadu...

Dan Aku....

Memilih atau terpilih
.
.
.
Suratan atau kebetulan

Semuanya tentang pilihan dalam membuat keputusan untuk melayari kehidupan yang mendatang. Sekental Medina Azzahra kah aku?????? Setega itukah aku...

Namun aku percaya Tuhan itu ada dan akan selalu ada utk aku, utk mu.. membantu mencahayakan lorong keluar dari kemelut perasaan ini.


Friday, July 05, 2013

LAI oh LAI

Salam'alaik..

Sayu nya hati tatkala kesemua sahabat seperjuangan yang lain pulang ke kampung untuk menjalani LAI (Latihan Amali Industri) di pejabat berdekatan kampung halaman masing-masing..

Dan aku... masih disini.. tetap di sini.. keseorangan jua kesepian..

namun hati.. cekal lah dikau..
kerana ini adalah pilihan mu..
yang turut diperkenan Allah..
yang mungkin di dalamnya
ada sejuta hikmah yang tersembunyi

maka.. tetaplah kau di situ...
mengharungi apa jua rintangan
yang datang menjelmakan diri

kerna
disisi mu punya Tuhan
yang tidak pernah gagal
menemani mu setiap waktu..
:)

Monday, May 06, 2013

:: PENGANTIN KEMBALI KERAHMATULLAH DI SAAT SUJUD... ::

Salam'alaik...
UA terjumpa cerita ni kt FB.. suka untuk UA kongsikan bersama... moga bermanfaat.. :)

Selepas melaksanakan Solat Maghrib, dia mulakan make-up pada wajahnya, memakai pakaian pengantin putih yang cantik, mempersiapkan dirinya untuk majlis perkahwinannya sendiri, kemudian dia terdengar azan ‘Isyak dan menyedari bahawa wuduknya telah terbatal. Lalu dia berkata kepada ibunya: “Mak, saya perlu ambil wuduk dulu dan solat ‘Isyak “

Ibunya terkejut: “Apa kamu gila?!! Tetamu sedang menunggu, untuk melihat kamu! Bagaimana dengan make-up? ! Nanti habis dirosakkan oleh air.”

Tambah ibunya lagi: “Sebagai ibu, mak tak izinkan kamu solat sekarang! Wallahi… jika kamu ambil wuduk sekarang, mak akan tetap memarahi kamu.”

Anak perempuannya menjawab: “Wallahi… saya tidak akan pergi dari sini sehingga saya melakukan solat! Ibu sepatutnya tahu bahawa tidak ada ketaatan kepada mana-mana makhluk agar menderhaka kepada Maha Pencipta.!!”

Ibunya berkata: “Apa kata tetamu nanti jika kamu muncul dalam majlis perkahwinan sendiri tanpa make-up?! Tentu nampak hodoh atau tidak cantik di mata mereka! Mereka pasti akan mentertawakan kamu! “

Sambil tersenyum, anak perempuan itu bertanya: “Adakah ibu bimbang kerana saya tidak cantik di mata mereka? Bagaimana pula dengan Maha Pencipta saya? Saya bimbang kerana, jika saya terlepas solat saya, saya tidak lagi cantik di mata-Nya “
Dia mula berwuduk, dan semua make-up pada wajah telah hilang, tetapi dia tidak peduli.

Kemudian dia memulakan solat itu dan pada masa dia turun untuk sujud, dia tidak sedar bahawa ia akan menjadi satu sujud yang terakhir!

Ya! Beliau meninggal dunia ketika dalam sujud! Pengakhiran yang besar bagi Muslimah yang berkeras untuk mentaati Tuhannya! Ramai antara mereka yang mendengar cerita ini begitu tersentuh!!

Beliau mengutamakan Allah dan ketaatan kepadaNya sebagai yang pertama dalam keutamaan hidup beliau, jadi pengakhiran terbaik yang dianugerahkan oleh Allah pada mana-mana umat Islam yang layak memilikinya!

Dia mahu menjadi lebih dekat kepada-Nya, maka Allah mengambil nyawanya pada saat di mana umat Islam berada paling dekat kepada-Nya! SubhanAllah!

Dia tidak peduli jika dia tidak indah di mata makhluk, asalkan dia cantik pada Maha Pencipta!

Wahai saudari Muslimah, bayangkan jika anda berada di tempat itu! Apa yang anda akan lakukan? Apa yang anda akan pilih: pujian manusia atau Maha Pencipta?

Wahai sekelian insan! Adakah kita ada jaminan bahawa kita akan hidup untuk minit seterusnya? Jam? Atau bulan?!!
Tiada siapa tahu apabila saat mereka akan datang? Atau bila kita akan bertemu malaikat Maut? Jadi, adakah kita bersedia untuk saat itu?

Wahai muslimah! Apa yang anda pilih: bersantai tanpa hijab atau dirahmati Allah dengan memakai hijab?

Adakah kita bersedia untuk menemui Allah tanpa hijab?

[Diceritakan oleh Syeikh ‘Abdul Mohsen al Ahmad’, ia berlaku di Abha (Ibu Negeri Asir di Arab Saudi)]

ps: Buat adik-adik bakal pengantin, walau sehebat mana sekalipun majlis perkahwinan anda, walau secantik mana sekalipun dandanan anda, jangan tingal Solat apabila tiba waktunya...

Biarlah kita tidak hebat dan tidak cantik dimata manusia tapi hebat dan cantik disis Allah.

Thursday, April 25, 2013

Entahla...

Duhai hati...
Mengapa terlalu rapuh..
Pada sebuah kebaikan
juga manisnya senyuman
lalu menggugat perasaan

Hati.. mengapa masih x memahami
masih juga ingin menyintai
biarpun dikau tahu kau bakal dilukai

Thursday, April 11, 2013

Pru 13...

Tarikh mengundi : 5 Mei 2013

Selamat mengundi semua.. Jangan lupa beli tiket! (yg naik bus/flight). Bawa kete elok-elok (pd yg drive kete, bus lori..motor)

And.... selamat memilih pemimpin yang terbaik. Seeloknya buatlah istikharah dulu.. Moga-moga Allah bg ilham yang terbaik untuk kita buat pilihan.. bukan untuk istikharah cinta aje.. :D

Wednesday, April 10, 2013

Diet dan kawen perhaps..??

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Salam'alaik..

Cuti mid sem 7 hari ini digunakan sepenuh nya untuk mendekat kan diri dengan Allah selain daripada menjadi suri rumahtangga (yg tidak bertangga) sepenuh masa dan DIET! hihi..

Umi ku mula bising soal cucu... Ayookk... hmmm.. umi sibuk pasal cucu, yg kita nih calon pun tak dak lagi eh bukan tak da, tp belum ada.. x tau la klu seminit jap gi ke 2 hari lagi ke inche bakal suami dah memunculkan diri ke... (Aamiin). 

Along pulak katanya nak kumpul aset dulu. Rumah, kereta, tanah dan yg sewaktu dengannya la.. makanya along kata, angah la kene kawen dulu. so.. langkah pertama utk menuju ke arah tu adalah menguruskan badan. Iya, memangla kita cakap nk cari suami yang boleh terima kita seadanya, tapi abah penah cakap yang orang lelaki ni, x dapat muka cantik pun x apa asal badannya kurus. Fikir punya fikir, memangla ada je orang-orang dalam kalangan ustaz-ustaz ni x mau tengok luaran yang penting hati.. tapi x semua kan macam tu. Dan rasanya.. klu dapat yang solehah pastu cantik mmg dia dapat pakej yang hebat la tu.

Makanya... (maka lagi.. hihi) setelah fikir semasak-masaknya, agaknya da rentung kot.. betol la tu cakap abah..jadi angah memang kene kurus. eh... mintak maap sket.. bukan nk kurus semata2 sbb nk kawen okeh, tapi sbb nk sihat jugak. Dah x mau sakit-sakit macam dulu. penat tahu.. nyusahkan org sekeliling pulak tu.. Exercise? buat jugak.. in sha Allah poco-poco dalam bilik.. sape mahu join?? mari.. mari...

Tapi kan sebenarnya.. dah lama dah nk diet.. dari sekolah lagik. Tapi sebabkan x disiplin, makanya kesannya macam gitu ajela.. macam last year.. minum herbalife pastu turun 10 kg, then stop.. sbb rasa dah kurus sgt la kan.. haih... dush dush dush.. At last.. menyesal sendiri! sape yg salah? bukan salah ibu mengandung yang pastinya..

So..... disebabkan umur pun dah 25 kn... bersempena dengan slogan 'people change as they got older', banyak perubahan yang patut dilakukan. In terms of amalan perintah Allah - solat awal waktu, puasa sunat isnin khamis, zikir, p dengar ceramah (ni yg basic) - ni sebab tersentap dengan ucapan Halim katanya 'semoga amal bertambah seiring dengan peningkatan umur' dan umi yang selalu bising pasal solat yang x kan daripada umur 5 tahun sampai sekarang solat asyik dok baca surah Al-Kauthar aje. Tapi betol la kan ape yang Halim ngn umi cakap.. peribahasa cakap, x kan selamanya kita berada di takuk yang sama. Xda perubahan.. Klu kat graf maintain aje, xda naik turun pun payah jugak.. Jadi memang la kene transform kan.

Cakap pasal diet tadi... jom kita mulakan dengan makanan sunnah.. Madu, Kurma, Habbatus sauda dan macam-macam lagi. Kan ada hadis menyokong smua makanan-makanan ni. 


Habbatus sauda : 'Sesungguhnya dalam Habbatus Sauda ini terdapat penawar kepada segala penyakit kecuali al-Sam, dan al-Sam ialah mati, dan Habbatus Sauda ialah Syuniz'

Madu : Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah: buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibuat manusia, kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan, dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah memudahkan (bagimu). dari perut lebah itu, keluarlah minuman(madu) yang bermacam-macam warnanya. Di dalamya terdapat ubat yang boleh mnyembuhkan bagi manusia.sesungguhnya pada yang demikian itu, benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang yang memikirkannya (Surah An-Nahl, ayat 65 - 69).

Ha.. ni hadis dan ayat Quran belum lagi dikuatkan dengan hujah kajian sains berkenaan makanan2 sunnah ni. Owh sila tanya inche Google tentang khasiat-khasiatnya ya.. :)

Ahah... lagi satu.. disebabkan Herbalife (biiznillah) yang paling berkesan dengan tubuh badan kita, maka.. kita berkeputusan untuk teruskan dengan Herbalife.. Alhamdulillah 4 hr minum herbalife, turun 3 kg.. Masya Allah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah..
Apa yang penting.... kerjasama... disiplin.. Doakan kita eh..

In sha Allah entry berikutnya kita akan share tentang khasiat dan bestnya herbalife. owh ok.. sape nk join minum herbalife, boleh contact kita di fb kita ye Aida ..

Sunday, April 07, 2013

Resah nan gelisah

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

Salam'alaik..

Sudah lebih 2 minggu arwah Mahani kembali ke Rahmatullah. Moga kau tenang di sana dik. Dan aku....
masih lagi terkejut dengan pemergiannya yang tiba-tiba. Tapi alhamdulillah kami semua redha dengan pemergiannya.

cuma...

sejak dari hari itu... jantungku berdatak dengan lebih laju sehinggakan aku dapat mendengar degupan jantung ku itu. dup dap dup dap... dalam bahasa senangnya, aku takut. Tapi entah apa yang aku takutkan.. Saban waktu aku teringatkan arwah.. Debaran itu sentiasa ada.. hampir setiap saat. Sehingga mengganggu tidurku. Sehingga aku terfikir apakah itu salah satu daripada tanda-tanda kematian ku makin hampir? Aku keresahan juga kegelisahan. Tidak tahu pada siapa yang mampu ku luahkan rasa ini melainkan pada Allah..

Ku kongsikan keresahan ku dengan Jah, katanya jangan buat dia sedih lagi. Lalu dinasihatkan aku untuk meneruskan solat-solat sunat, zikir dan membaca al-Quran.

Lalu... sesi muhasabah dengan hati dan jiwa ku lakukan. Memikirkan yang Allah bisa saja mengambil nyawa hambaNya pada bila-bila yang Dia suka tahulah aku, rasa ini terbit lantaran kesediaan aku untuk mati itu belum lagi aku lakukan. Lalu terpampanglah segala dosa-dosa yang telah aku lakukan selama ini. Ya.. Aku solat.. tapi solatku sering saja di hujung waktu. Ya.. aku membaca Al-Quran, tetapi hatiku seringkali melilau tatkala bibir aku basah dengan ayat-ayat suci Al-Quran. Tidak termasuk lagi dosa-dosa mengumpat mengata   dan lain-lain. Astaghfirullahal 'azim.. Allahu Rabbi... Ampunkan aku...



Tanpa membuang masa, transformasi diri perlu aku lakukan. Persediaan untuk menjadi isteri itu perlu seiring dengan persediaan untuk berjumpa dengan Allah. Biarpun hingga kini debaran itu tetap ada, aku teruskan jua dengan harapan, ketenangan akan hadir apabila aku mengingati Tuhan ku.

Jika ditanya mengapa aku berubah....
tidak... aku tidak berubah sebenarnya.. Aku cuma kembali seperti dlu tetapi masih mencuba untuk jadi yang lebih baik dari dlu. Aku redha dengan rasa debar dan takut yang Allah campakkan ke dalam hati ini jika ini yang bisa membuat aku seringkali tidak alpa dalam melakukan kewajipan sebagai seorang hamba dan bukannya senantiasa berada dalam keadaan yang selesa pada tiap masa.. Siapa yang tidak mahukan syurga? Maka.. amalan juga haruslah seperti ahli syurga selayaknya biarpun aku sendiri rasanya tidak mampu untuk menggapainya.



Mari sama-sama kita mengejar husnul khatimah dan syurga nan indah.. :) 

Ciri-ciri orang yang mendapat husnul khatimah :

1. Meninggal dunia pada hari (waktu) yang baik.
2. Meninggal dunia dalam keadaan yang baik.
3. Meninggal dunia di tempat yang baik.
4. Meninggal dunia dengan mengucap Lailahaillallah.

Semoga kita senantiasa dalam rahmat Allah.. Aamiin... :)
Doa dan terus berdoa semoga kita dipanjang kan umur dan dimurahkan rezeki diberi peluang untuk mengutip cinta dan kasih Ilahi di samping ilmu Allah yang Maha Luas ini..

p/s : tahnks ayid jah sebab selalu ada untuk saya biarpun saya selalu x ada bila dia perlukan saya... sorry..

Saturday, April 06, 2013

Cemburu yang membawa bahaya



عَنْ عَطَاءِ بْنِ يَسَارٍ، عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ، أَنَّهُ أَتَاهُ رَجُلٌ فَقَالَ: 
Atha' bin Yasir menceritakan: Seorang lelaki datang kepada Ibnu 'Abbas radiallahu 'anhuma lalu berkata:

إِنِّي خَطَبْتُ امْرَأَةً، فَأَبَتْ أَنْ تَنْكِحَنِي، 
Aku meminang seorang perempuan, tetapi perempuan itu menolak pinangan ku.

وَخَطَبَهَا غَيْرِي، فَأَحَبَّتْ أَنْ تَنْكِحَهُ، 
Lelaki lain meminang pula perempuan itu, dan perempuan itu menerima pula pinangan tersebut.

فَغِرْتُ عَلَيْهَا فَقَتَلْتُهَا، فَهَلْ لِي مِنْ تَوْبَةٍ؟
Aku berasa cemburu kepada perempuan itu, lalu aku membunuh perempuan tersebut. Adakah masih ada taubat untuk ku?

قَالَ: أُمُّكَ حَيَّةٌ؟ قَالَ: لاَ، 
Ibnu 'Abbas radiallahu 'anhuma bertanya kepada lelaki itu: Adakah ibu engkau masih hidup? Lelaki itu menjawab: Tidak.

قَالَ: تُبْ إِلَى اللهِ عَزَّ وَجَلَّ، وَتَقَرَّبْ إِلَيْهِ مَا اسْتَطَعْتَ. 
Lalu Ibnu 'Abbas pun berkata: Bertaubatlah kepada Allah, dekatkanlah diri kepadaNya semampu yang boleh.

فَذَهَبْتُ فَسَأَلْتُ ابْنَ عَبَّاسٍ: لِمَ سَأَلْتَهُ عَنْ حَيَاةِ أُمِّهِ؟
Atha' berkata: Aku pergi menemui Ibnu 'Abbas radiallahu 'anhuma dan bertanya: Kenapa engkau bertanyakan kepada lelaki itu sama ada ibunya masih hidup? 

فَقَالَ: إِنِّي لاَ أَعْلَمُ عَمَلاً أَقْرَبَ إِلَى اللهِ عَزَّ وَجَلَّ مِنْ بِرِّ الْوَالِدَةِ.
Ibnu 'Abbas radiallahu 'anhuma menjawab: Sesungguhnya aku tidak tahu amalan apa pun yang lebih mendekatkan diri kepada Allah selain daripada berbuat baik kepada ibu.

[Imam al-Bukhari dalam Al-Adab Al-Mufrad : 4, Shaikh al-Albani menyatakan ia sahih]

Sumber: http://sunnah.com/adab/1

..:: Kamu ::..


Bukan x mempedulikan mu
Tapi hati ku masih menebal dengan rasa malu

Bukan juga tidak mengambil tahu
Cuma aku pura-pura x tahu
Kerna ku tahu
Antara kau dan aku

Ada Allah yang membantu
menyatu dan bersatu
dalam doa sebagai pengikat kalbu...

:: sabar untuk sesuatu yang lebih indah ::

< UA >


Wednesday, April 03, 2013

..........


Jika seseorang memilih pergi dari hidupmu ..
Maka gunakanlah keadaan itu sebagai untuk kau belajar keikhlasan..

Jika seseorang memilih dia dari pada kamu ..
Maka gunakanlah waktu itu untuk kau belajar cara bersabar dalam melupakannya..

Jika seseorang memilih terluka asalkan kau bahagia..
Berarti ia ingin menilai kedewasaanmu dalam memilih mana yang terbaik untukmu..

dan jika seseorang memilih tuk menjauh darimu..
Maka janganlah merasa kau tak sempurna ..
Kadang dia hanya merasa tak pantas untukmu.


pilihanraya...???

Percayakah anda: menentukan tarikh pilihanraya lebih payah dari menentukan tarikh hari raya.

Dalil: nak raya -» teropong -» nampak anak bulan -» esok raya.

Pilihanraya: teropong -» nampak bulan -» cancel -» teropong lagi -» nampak bulan sabit -» cancel lagi -» teropong lagi -» nampak roket -» cancel lagi

Punya payah nak pilih tarikh.....

peace!!!! hehe.... 

Copy : Lin!

Damba Cinta Mu


Tuhanku..
Ampunkanlah segala dosaku
Tuhanku...
Maafkanlah kejahilan hambaMu
Ku sering melanggar laranganMu
Dalam sedar ataupun tidak
Ku sering meninggalkan suruhanMu
Walau sedar aku milikMu
Tuhanku..
Ampunkanlah segala dosaku
Tuhanku...
Maafkanlah kejahilan hambaMu
Bilakah diri ini kan kembali
Kepada fitrah sebenar
Pagi ku ingat petang ku alpa
Begitulah silih berganti
Oh Tuhanku...
Kau pimpinlah diri ini
Yang mendamba cintaMu
Aku lemah aku jahil
Tanpa pimpinan dariMu
Ku sering berjanji depanMu
Sering jua ku memungkiri
Ku pernah menangis keranaMu
Kemudian ketawa semula
Bilakah diri ini kan kembali
Kepada fitrah sebenar
Pagi ku ingat petang ku alpa
Begitulah silih berganti
[ Damba CintaMu lyrics found on http://lyrics.my ]
Oh Tuhanku...
Kau pimpinlah diri ini
Yang mendamba cintaMu
Aku lemah aku jahil
Tanpa pimpinan dariMu
Kau Pengasih
Kau Penyayang
Kau Pengampun
Kepada hamba-hambaMu
Selangkahku kepadaMu
Seribu langkah Kau pada ku
Tuhan
Diri ini tidak layak ke syurgaMu
Tapi tidak pula aku sanggup ke nerakaMu
Ku takut kepadaMu
Ku harap jua padaMu
Moga ku kan selamat dunia akhirat
Seperti rasul dan sahabat
Seperti rasul dan sahabat
Seperti rasul dan sahabat
Seperti rasul dan sahabat
Seperti rasul dan sahabat
Seperti rasul dan sahabat
Seperti rasul dan sahabat
Seperti rasul dan sahabat
Seperti rasul dan sahabat.....

Saturday, March 30, 2013

Kehilangan..



"Sebuah kisah perjalanan meraih hidayah Allah, kisah menjemput cahaya yang ia rindukan dari lubuk hati terdalam....benar kata sebuah hadits, sekiranya 
kita berjalan ke arah Allah , maka Allah akan berlari menyambut kita. Itulah yang terjadi pada para sahabat yang tengah berusaha meraih hidayah Allah...."


Inilah kata-kata terakhir almarhumah Mahani Hamzah di status FB nya sebelum menghembuskan nafasnya yang terkahir di pangkuan sahabat baiknya sendiri seminggu yang lalu. Innalillahi wainna ilaihi raji'un..

Mendapat berita pemergian adik sekelas ku ini, ketika itu aku masih bergembira dengan suasana walimah ct dan muiz di seremban. Lantas bergegas pulang menuju ke Hospital Serdang. Terkejut, sungguh mengejutkan. dan benarlah janji Tuhan.. Setiap insan pasti merasai mati. Sedih yang bukan kepalang.. Ya Allah Ya Allah Ya Allah.. 

Al-marhumah yang sepanjang hayatnya terlalu baik, tidak pernah menyakiti sesiapa hatta membuat seseorang marah seringkali tersenyum tatkala bertemu. In sya Allah hidupnya diakhiri dengan pengakhiran yang baik (husnul khotimah..).

Ternyata aku tidak terlalu kuat untuk mencoretkan tentang dia. Ada sendu yang berlagu.. Ku hanya sahabatnya yang biasa-biasa. Perbualan terakhirku bersama nya "nak panggil akak mama boleh?" kataku.. panggil la mahani.. ya... itulah kali pertama dan kali terakhir dia memanggilku mama..

Pemergiannya secara tiba-tiba. Kami sahabat2 Jabatan Usuluddin Falsafah terkejut menerima berita ini. Apatah lagi sahabat baiknya - Atul dan Siti.. Apatah lagi kesedihan yang tidak tertanggung oleh keluarganya yang jauh di Sarawak. Ya Allah kau tabahkan hati-hati kami dan hati keluarga almarhumah dengan ujianMu ini.


copy paste dr Ahmad Fahmi
past terakhir classmate kami sebelum arwah pergi bertemu Kekasih nya semalam..

"Sebuah kisah perjalanan meraih hidayah Allah, kisah menjemput cahaya yang ia rindukan dari lubuk hati terdalam....benar kata sebuah hadits, sekiranya 
kita berjalan ke arah Allah , maka Allah akan berlari menyambut kita. Itulah yang terjadi pada para sahabat yang tengah berusaha meraih hidayah Allah...."

serius,, walaupun tidaklah serapat mana dgn arwah mahani hamzah,, namun kepemergiannya cukup dirasai. Malam ni, hampir setengah jam ak tatapi post terakhir arwah. sgt mndlm kata2nya.. dlm kata2nya yg ringkas trselit 1001 makna.. ditujukn kpd drinya sendri dn jga kpd sahabat2 semua.

"Sebuah kisah perjalanan meraih hidayah Allah"- kisah dmksudkn itu dibawakn kpd dirinya mahani, sbg seorg mnusia dlahirkan ats muka bumi ini mncri sebuah rasa cinta(hidayah) kepada Allah. kisah perjalanan itu diibaratkan satu hidup yg cukup pnjng sbg seorg khalifah d bumi ini mnnti saat menemui penciptanya.

"kisah menjemput cahaya yang ia rindukan dari lubuk hati terdalam"- kisah itu adalah dirinya (mahani),, cahaya yg cuba dgmbarkan mahani ialah Malaikat yg akn dtg mnjemputnya.. seolah2 die mngetahui akn kdtangan ajalnya.. dimana "rindukan dari lubuk hati terdalam" ialah mahani mahu gambarkan sudah brsedia utk brtemu Allah swt ikhlas dari hati sanubarinya yg jauh. seolah-olah tidak sabar menunggu saat dijemput Allah swt.

"sekiranya
kita berjalan ke arah Allah , maka Allah akan berlari menyambut kita".- hadis yg sgt mndalam maksudnya, ditujukan kpd diri sendiri dn sahabat2 sekalian,, dmksudkn andai kata kita manusia mahu berubah mncari hidayahNYa.. In shaa Allah,, Allah lebih2 lagi mahu mengasihi hamba-hambanya dan memberi ptunjuk dgn kebenaran ajaranNya.

Itulah yang terjadi pada para sahabat yang tengah berusaha meraih hidayah Allah...."- Maksud yg terakhir ini, masih tercari2, apakah konotasi disebaliknya.. makna yg trlalu mndlam yg cuba dismpaikan mahani. mungkin yg cuba dgmbarkn kisah dirinya yg sedang berusaha mncri hidayah Allah. para sahabat dlm ayat ini dibawakn maksud yg die mahu kita bersma-sama dgnnya menuju kpd hidayah kebenaran Príncipe L'islam

semoga arwah tergolong klgn org2 beriman. WaAllahualam.



Jalanan permusafiran arwah tamat disitu. Kita yang masih diberi nyawa, diberi kesempatan dan ruang oleh Allah untuk terus bertaubat dan menambah baik segala amalan kita perlulah teruskan kehidupan. Dik... semoga kau tenang di sana. Sesungguhnya pemergian mu telah mengejutkan kami yang sedang lena.. menyedarkan kami bahawa ajal itu tidak mengenal usia mahupun ketika...

Mohon jasa baik kalian untuk doakan arwah semoga tergolong dalam kalangan orang2 yang beriman.

Biarpun pemergianmu kali ini tidak akan kembali lagi, kau tetap hidup dalam hati-hati kami.

Thursday, March 28, 2013

suka dan duka di bulan mac


Bulan Mac, kebiasaannya bulan yang sering ku tunggu-tunggu setiap tahun kerana bulan mac merupakan bulan kelahiran yang paling ramai dalam keluarga ku. Bermula dengan Fawwaz (7 Mac) kemudian Che Yah (8 Mac) diikuti dengan diriku sendiri (9 Mac), Sally (18 Mac), Lang dan adik (21 Mac). Maaf.. itu sahaja tarikh yang aku mampu ingat. Bulan 3 juga menyaksikan kelahiran sahabat-sahabat seperjuangan dan adik-adik terchinta

·         Sofiyah (1 Mac)
·         Biyah
·         Jah (13 Mac)
·         Ust Razak (14 Mac)
·         Umi Azia (20 Mac)
·         Iqbal (23 Mac)
·         Fithri
·         Kiah

Sanah Helwah untuk semuanya. Semoga Amal bertambah seiring dengan peningkatan usia dan didoakan semoga semua doa kalian dimakbulkan dan direstui Allah.

Alhamdulillah wa syukurillah pada Allah Rabbul Izzati kerana memberi peluang dan ruang untukku bernafas, masih memberi masa utk ku mengejar hidayah Mu dan bertaubat atas segala kekhilafanku. Terima Kasih atas segala nikmat cinta dan kasih sayang dari Mu. Sesungguhnya Tuhan.. Aku belum puas mengecapi cinta dari Mu. Oleh itu, Kau panjangkan lah umurku jua umur seluruh ahli keluarga ku, sahabat-sahabatku, anak-anak ku dan seluruh umat Islam lain.

Buat umi dan abah….
Seinfiniti terima kasih kerana memberi yang selayaknya pada angah yang bergelar anak. Kasih sayang.. Didikan agama yang sempurna, kesenangan, kebahagiaan.. terima kasih utk segalanya. Biarpun kadang kala bicaramu melukakan hati, namun itulah yang mengajar angah untuk berdikari. Biarpun kemarahan kalian melangit, ku tahu kalian mahukan yang terbaik untukku. Kerana ku juga tahu akan redha Allah bersama dengan redha kalian. Maaf sangat-sangat sebab dalam umur 25 thn ni angah masih belum mampu membalas jasa umi dan abah. Malah umi abah masih menanggung angah, apatah lagi angah mula bercita-cita menyambung master selepas ini. Kalian doakan moga ada waktu utk angah membalas jasa umi abah, dipanjangkn umur untuk melakukan semua itu.

Buat along, lang, chik dan adik…
Terima kasih untuk semuanya. Utk kenangan yang membahagiakan, untuk kasih sayang yang melimpah ruah. Terima kasih along yang kini dah x lokek dengan duit gajinya. Hihi.. terima kasih adik kerana ringan tulang mu itu, tak pernah menolak apa aje yang angah suruh buat. Lang! Teacher yang garang… Terima kasih kerana masih sudi bercerita dengan angah, menghargai angah, mempercayai angah untuk menjadi pendengar yang setia. Chip…. Adik angah yang banyak ikut perangai angah.. Melihatkan perangai chik yang sebegitu, tahulah angah bahawa umi abah turut tension dengan perangai angah zaman dolu-dolu.. Aiseh.. malu tau chik.. Chik ni.. kot ye pun nk tiru perangai angah, cer tiru benda yang baik-baik macam.. ntah.. angah baik ke? Aduih.. btw.. thanks ya adik beradik yang pemurah.. Thanks sbb selalu ada waktu senang dan waktu susah juga waktu sihat dan sakit angah. Tak terbalas rasanya jasa kalian. Angah sayang Along, Angah sayang Lang, Angah sayang Chip, Angah sayang adik! (Ucapan exclusive ni tau).

Antara ucapan-ucapan yang diterima :
Hapy bevday kak!! Mg cpt dpt jodoh!! Hehehe mg panjang um0 n cute skm0.. snyum skm0 deh haha – Sue ex rumate (mesej pertama ni tau).

Sanah helwah kak aida syg…. Smoga pnjang umr n murah rzeki…smoga cpt dpt jdoh kak…. Syg akak <3 – razina

Mama mama mama!!! Sanah helwah mama, moga murah rezeki n dpt kawen awal (biar almu buleh p ngri Pahang pulok)..hahaha.. – Almu

Mama2!!!! Selamat hari lahir.. Semoga Allah melindungi mama dn family dan cepat kawin..hehe..jaga diri baik2 ea..drpd adik yg comel :p – Hazirah

Kakak ~ selamat pengantin baru moga kekal ke syurga. Eh Eh Eh! Hahahaha! Kakak, otanjobi omedeto. Semoga dimurahkan rezeki, sihat tubuh badan, sentiasa dilindungi Allah dan cepat sampai jodoh. Cepat2 sy nk bby ammar. Hehe – Sayidah Khadijah a.k.a Jah si Macho KKM

Slmt ulangthn klhrn mama aida! Hrni syifa genap 7 hr.. syifa kene cukur rambut. Ni tgah cukur. Dh separuh botak dh.. Sm0ga mama aida sht selalu. – syifa (sbnrnya ummu syifa yg hantar).
Sanah helwah. Moga pnjg omor, dprluaskn pintu rezki, dprmudahkan sgalanya. Moga Allah Qaseh. Tc.. – Ridzwan Mohd Nor

Hepi birthday mama!!!! Sanah helwah !!!!! Smoga mama bahagia sentiasa, dalam rahmat Allah n sentiasa syg tie J mmmuaaahhh3x!!! - Aizzattie

Syg.. Sanah helwah.. semoga panjang umur, murah rezeki n dapat kahwin tahun ni.. huhu.. u take care, jg diri baik2.. – B

Assalamualaikum ma.. Selamat hari lahir J Sm0ga dekan stp sem.. J L0ve u <3 i=""> – Che Engku Nurul Afifah

Kak Aida apa khabar.? Ddoakan m0ga akak brda dlm keadaan sjhtera hendakNya.. J sanah helwah wa barakallahu feeki ya ukhti.. salam ukhwah.. syg kak Aida J - Ain DIC, UKM usul!

Erm.. ni je mesej-mesej yang masih tersimpan dalam fon. Sorry Ira, nampaknya mama terdelete mesej Ira tanpa sedar. Utk semua yang mengingati hari lahir akak, mama, saya, aku, bonda.. Thanks 4 all the du’a and birthday wishes! terima kasih atas ucapan dan doa yang baik dan indah itu. Semoga doa kalian dimakbulkan Allah swt. J

22 mac 2013 menyaksikan sebuah pernikahan dua sahabat yang terlalu lama sabar dalam menyulam cinta dalam keredhaanNya, akhirnya jodoh mereka bertemu jua. Akhirnya Siti dan Mu’izz bersatu jua diiringi restu kedua-dua ibu bapa kedua belah pihak tidak lupa doa sahabat-sahabat yang tidak lekang mendoakan kebahagiaan kalian. Selamat melayari bahtera perkahwinan.

Dan hari yang sama, satu dunia digemparkan dengan pemergian seorang ulama Sheikh Ramadan Al-Buti menemui TuhanNya.

23 Mac 2013 Walimah di rumah pengantin perempuan – Siti Fatimah Kamaruddin dan pasangannya Muhammad Mu’izzuddin Mustafar di kediaman pakcik Kamaruddin di Seremban 2, Negeri Sembilan. Indah sungguh siti dengan busana kurung moden berwarna kelabu. Uisy.. memang cantiklah! Alhamdulillah masa nilah berjumpa dengan smua sahabat-sahabat Gen 4 juga adik-adik Gen 5. Masya Allah, betul la.. waktu wedding mcm nila baru semua berkumpul. Reunion gitu.. Best nya.. Memang best.

Utk Siti dan Mu’izz : Barakallahu lakuma wa Baraka ‘alaikuma wa jama’a bainakuma fi khair.

Tarikh yang sama turut menggemparkan seluruh UKM dengan pemergian Mahani Hamzah, sahabat, adik juga rakan sekelas ku kira-kira jam sebelas pagi. Pemergiannya bertemu kekasih abadi mengejutkan kami. Sungguh, kami terasa sangat kehilangan. 


Thursday, February 21, 2013

Al kisah PTPTN

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Salam'alaik..

Al-kisah apabila PTPTN dah masuk semalam..


  • Mesin atm Bank Islam terutamanya panjang Q la kan.
  • Kajang dipenuhi dengan pelajar-pelajar UKM.. (Yakin nya sbb kami pun ke kajang semalam)
  • Maka... bas akan penuh mampat dan padat dengan semua orang yang akan keluar pada hujung minggu ni.

Itu semua antara scene yang berlaku semalam dan akan berlaku esok lusa tulat tulin.. hihi..
tapi malangnya... UA x pinjam PT pun.. Cukuplah rasa semput nk bayar pinjaman PTPTN untuk Diploma itu hari.. Maka, umi decide utk tanggung kesemua perbelanjaan utk degree. Terima Kasih Allah. Terima Kasih umi, terima kasih abah..



Tapi itulah.. duit PT.. nama pun duit pinjam.. bila pinjam sah-sah la kene bayar balik kan. kecuali dapat first degree.. Apsal la utk dip dorg xbuat first class jugak.. xpela... tapi rasanya, dengan bunga yg kian bertambah dari bulan ke bulan, tahun ke tahun, dah beranak 8 pun blm tentu selesai lagi bayarannya.. Tapi inilah yang dinamakan pelaburan utk masa depan. Jadi berpada-padalah dalam membelanjakan duit 'pinjam' kita tu.. dengan hanya membeli keperluan yang memang benar-benar perlu.. bukannya membelanjakan berdasarkan kehendak hati mahupun nafsu kita semata-mata..



Sebaiknya, list kan dahulu barang-barang yang kita nk beli tu.. in sha Allah dapat kita bezakan antara kehendak dan keperluan. :)

Monday, February 18, 2013

Sem 2 2012/2013

Salam'alaik..

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Bermulanya semester 2 sesi 2012/2013..

Bermakna....

Terlalu banyak waktu yang berlalu
Mencicipkan pelbagai kenangan yang menyentuh perasaan
Bahagia mahupun derita
Suka jua tangisan hiba
Sisa kekuatan atau lemah nya jiwa x berdaya
Kejayaan meniti kecemerlangan
tanpa mengira
Secebis kegagalan
Semuanya menuntut kesabaran dan ketabahan

Wednesday, February 13, 2013

.:: Doaku untuk mu... ::.



Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

Berdoa…. Ertinya memohon sesuatu yang dihajati serta berhasrat memperolehinya. Hajat seseorang hamba boleh dibahagikan dalam dua bentuk iaitu :

  •             Perkara yang boleh berlaku
  •             Perkara yang mustahil berlaku

Memohon perkara yang mustahil berlaku merupakan perbuatan yang sia-sia, kerana doa itu tidak akan dimakbulkan oleh Allah swt. Sebagai contohnya, memohon agar dianugerahkan kenabian sedangkan telah dimaklumi tenntang berakhirnya kenabian dengan perutusan Nabi Allah Muhammad saw.



Tapi.. lain pula dengan kita berdoa untuk memohon sesuatu perkara yang boleh berlaku.. Ia perlulah disertakan dengan usaha.  Kanun kejadian hukum Allah berpaksikan kepada Asbab dan Musabbabat. Allah mengkhendaki agar adanya usaha disamping berdoa untuk memohon sesuatu perkara itu menjadi kenyataan.
 
Ehem.. Ehem.. Entry ini khas buat adik si kecil molek yang kuat melenting dan sangat tak boleh berhenti bercakap! Hahah…  Kalau dia datang bilik tu, memang cair la tahi telinga.. hihi… *kejam nya ayat*..

Meraikan permintaan beliau yang kononnya tak reti tak tahu tak pandai (dan yang sewaktu dengan nya) nak doa macam mana untuk mohon jodoh@suami yang begitu dan begini…

Text yang diterima daripada cik Sayyidah Khadijah pada 27 Januari 2013 (klu calendar henset btol) yang berbunyi :

“ Nah kakak antara y Jah nnk doa. Hehe jgn gelak tau. Nk kaya, soleh, nsem hehe, pndi eng n math, pndi masak, x penah kapel, blh terima jah seadanya, penyayang, tinggi. Emmm ap lg ea? Hahahahaha mcm lawak la plak. Hahaha adoi”

2 minit selepas tu.. teett teett.. (mesej kedua masuk)

“Kakak ~ t’tgl 1 bnd pntg. X nk laki y MEROKOK”

(Mesej disalin dengan jayanya tanpa sebarang unsur tokok tambah okeh! haha)

And.. Guest what.. pas baca je mesej2 tu memang I gelak terguling la kan…. Satu… sebab terbayang kan diri sendirik tengah doa exactly mcm yang si kecik tu doa.. aiiyyyooo… lawak! Yang kedua of course la malu kan… tapi fikir balik x lawak pn sebenarnya.. sebab tu impian kan.. yang penting UA gelakkan Jah sebab dalam dia x sedar kata x reti doa la apa la, sebenarnya itulah skrip doa dia.. J RINGKAS, PADAT dan TEPAT. Yang penting Allah faham isi hati kita.

Sama je sebenarnya macam kita doa “Ya Allah berilah kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan.”  Untuk adik-adik tgh tunggu result SPM out of 10 subjects, korang dapat 7 A’s pn dah masuk kategori cemerlang! CGPA (PNGK) 3.58 cemerlang la tu.. tapi 4 flat lagi cemerlang kan.. so.. why not kita doa “Ya Allah… aku nak 4 flat, nk 10 A SPM” dan sebagainya.

Cuma.. biarlah usaha kita tu setara dengan apa yang kita mintak. Barulah kita puas! J Ini tidak, hari-hari doa nak 4 flat tapi baca buku macam nk dapat 2 flat aje.. dah macam mana..??? adooyaaiii…
Ok la.. tanpa membuang masa selepas berhempas pulas bukak buku itu ini.. maka inilah hasilnya.. skrip doa.. hehe…

“Ya Allah, kurniakan kepada ku seorang suami soleh yang penyayang yang bisa menerima diriku seadanya, kekurangan dan kelebihan ku. Ya Rahman.. biarlah suami ku nanti seorang kaya yang hartanya dari sumber yang halal. Ya Rahim, murahkan rezeki ku untuk memperoleh seorang suami yang hensem, yang sedap mataku saat terpandang wajahnya dan biarlah dia seorang yang berilmu lebih-lebih lagi dalam pelajaran matematik dan bahasa Inggeris agar turut diwarisi oleh anak-anak kami. Ya Allah.. Aku mohon dirinya seorang lelaki yang tinggi agar dia bisa melindungku dari mara bahaya untuk aku dan anak-anak kami merasa selamat apabila berada di sampingnya. Dan biarlah dia dari kalangan lelaki yang tidak merokok.” 

Then... sambung la dengan doa istikharah tu.. ye... klu x da lagi doa tu, tanya pakcik google k..

Maaf lambat.. maaf jugak mungkin doa ni x menepati jiwa mu.. Tapi jangan risau, semua boleh diubah mengikut citarasa dan keadaan ya.. :)

Akhir kata.. Untuk semua impian yang mungkin menjadi kenyataan, persediaannya, usaha nya perlulah seiring dengan permintaan kita..

Terkadang diri ini merasa malu yang teramat dengan Allah swt yang tidak jemu mendengar rintihan ku lalu tanpa perlu ujian mahupun balasan, dimakbulkan dengan jayanya. Walhal diri yang meminta-minta ini tidak pernah jauh dari dosa..

Bersyukurlah ~ ~... 



Yang baik datang dari Allah, yang buruk juga dari Allah cuma bersandarkan kepada kelemahan diri UA sendiri..

Jom kita berdoa!

Wednesday, January 30, 2013

2013 sudah????

Ehem.. Ehem...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

Pejam celik-pejam celik dah tahun 2013??? Cepat nya waktu berlalu, masa yang terlalu pantas beredar walhal rasa semalam masih lagi seronok berbaju kurung putih berkain biru... sekolah menengah latu... huhu..

Alhamdulillah wa syukurillah..

2013????????? and............... i'm 25 year old..... OMG...!!!!!!!!!! ikut tahun dah sampai la 25.. ikut bulan belum lagi okeh.. but then... is just a number... konon.. sedapkan hati sendirik la tu.....

Lalalala.....

So... umur yang kian meningkat.. moga-moga amal ibadah juga turut menaik seiring dengan peningkatan umur... In sha Allah.. Doakan yang baik-baik aja ya.. :)

Sedang cuti sem kah???? untuk 10 hari yang berlalu diisi dengan sst yang bermanfaat atau tidak wahai diri? Duhai hati...??? Duhai iman... makin meningkat kah rasa cinta mu pada Tuhan atau masih di takuk lama..??? hmmm.... A think to ponder..