Tuesday, August 17, 2010

Rasulullah saw bersahur..

Salam'alaik..

Alhamdulillah wa syukurillah.. 3 Ramadhan 1431H bermakna sudah 3 hari kita menjalani ibadah puasa dan sudah 3 kali kita bersahur. Tetapi seringkali apabila ditanya pada sahabat dan teman mengenai sahur, rata-ratanya tidak menitik beratkan soal bersahur. Walhal sahur itu salah satu perkara yang tidak wajar untuk ditinggalkan. Ada sebab dan hikmahnya mengapa Rasulullah menyeru seluruh umatnya untuk bersahur.



  • Hikmah bersahur.

Dari Amr b. 'Ash r.a bahawasanya Nabi saw bersabda " Pembeza antara puasa kita dan puasanya ahli kitab adalah makan Sahur". (Riwayat Muslim, no.1096)

  • Keutamaan bersahur.
    • Dari Abdullah b. Al-Harith, dari seorang sahabat Rasulullah saw "Aku masuk menemui Nabi saw ketika itu beliau sedang makan sahur, lalu beliau bersabda: "Sesungguhnya makan sahur itu adalah barakah yang Allah berikan kepada kalian, maka janganlah kalian tinggalkan." (Riwayat Nasaii, 4/145 dan Ahmad, 5/270)


    • Dari Abu Sa'id al-Khudri r.a bahawasanya Rasulullah saw bersabda: "Sahur itu makanan yang barakah, janganlah kalian tinggalkannya walaupun hanya meneguk seteguk air kerana Allah swt dan malaikatNya berselawat kepada orang-orang yang sahur." (Riwayat Ahmad, 3/12)



  • Makanan terbaik ketika bersahur.

Rasulullah saw bersabda : "Sebaik-baik sahurnya seorang mukmin adalah kurma." (Riwayat Abu Daud, 2/303, Ibn Hibban, no. 223, dan al-Baihaqi, 4/237)



Anas r.a meriwayatkan dari Zaid b. Thabit r.a bahawasanya dia berkata: "Kami makan sahur bersama Rasulullah saw kemudian baginda solat. Aku bertanya (kata Anas): "Berapa lama jarak antara azan dan sahur?", Zaid menjawab: "Kira-kira seperti membaca lima puluh ayat Al-Quran." (Riwayat Bukhari, no. 1821, dan Muslim, no. 1097)


  • Waktu bersahur.

Dari Sahl b. Saad r.a ia berkata: "Ketika turun ayat: "Makan dan minumlah kalian sehingga jelas bagi kalian benang putih dari benang hitam. (Surah Al-Baqarah, ayat 187). Jika seseorang ingin berpuasa, maka ia mengikatkan benang hitam dan putih dikakinya, dia terus makan dan minum sehingga jelas dalam melihat kedua benang tersebut. Kemudian Allah swt menurunkan ayat: "iaitu fajar". Mereka akhirnya tahu yang dimaksudkan adalah malam dan siang." (Riwayat Bukhari, 2/667, dan Muslim, 2/766)

*Terdapat 2 jenis fajar:

  1. Fadjar Kadzib berwarna putih dan bagi mereka yang berpuasa, masih lagi dibenarkan untuk makan.
  2. Fajar Sodiq (RIwayat Ibn Khuzaimah, 3/210, Al-Hakim- Berwarna kemerah-merahan dan waktu ini bermulalah larangan makan dan minum bagi mereka yang berpuasa., 1/191 dan 495, Daru Qutni, 2/165 dan Al-Baihaqi, 4/261)


Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah saw bersabda : "Puasa bukanlah (menahan) dari makan, minum (semata-mata), tetapi puasa itu menahan diri dari perbuatan sia-sia dan keji. Jika ada orang yang mencelamu, katakanlah: "Aku sedang berpuasa".

(Hadith riwayat Ibn Khuzaimah dalam sahihnya no. 1996, dan al-Hakim dalam al-Mustadrak, 1/430-431)



Wednesday, August 11, 2010

Ahlan Ya Ramadhan

.::Kenali Ramadhan dan Puasa dengan lebih mendalam::.

1. Ramadhan bulan Al-Quran.

Allah swt berfirman yang bermaksud :
"Bulan Ramadhan, bulan yang diturunkan (permulaan) Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang hak dan batil)...ila akhir ayah". (Surah Al-Baqarah, ayat 185)


2. Dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka serta para syaitan diikat.

Rasulullah saw bersabda dalam sebuah hadith:
"Jika telah datang awal malam bulan Ramadhan, diikatlah syaitan-syaitan dan jin-jin yang jahat, ditutup pintu-pintu neraka, tidak ada satu pintu-pintu yang dibuka, dan dibukakan pintu-pintu syurga, tidak ada satu pintu pun yang tertutup. Berseru seorang penyeru :
"Wahai orang yang menginginkan kebaikan, lakukanlah, wahai orang yang menginginkan kejahatan, kurangkanlah ia. Dan setiap malam, ada sahaja orang yang dibebaskan dari api neraka."
(Riwayat at-Tirmizi, no. 682, dan Ibn Khuzaimah, 3/188)

3. Lailah al-Qadr.

Allah swt berfirman :
"Sesungguhnya kami telah menurunkannya (Al-Quran) pada Lailatul Qadr (malam kemuliaan), dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu?, Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu para malaikat turun dan malaikat Jibril dengan izin tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraannya sampai terbit fajar." (Surah Al-Qadr, ayat 1-5)

4. Puasa merupakan perisai kepada manusia.

Rasulullah saw bersabda :
"Puasa adalah perisai, seorang hamba berperisai dengannya daripada api neraka."
(Riwayat Ahmad, 3/241, 296 dan 4/22)

5. Mendapat pahala yang tidak terbatas.

Rasulullah saw bersabda :
"Allah swt berfirman: "semua amalan Bani Adam untuknya kecuali puasa, kerana puasa itu untuk-Ku dan aku akan membalasnya, puasa adalah perisai, jika salah seorang dari kalian sedang berpuasa, janganlah berkata kejidan berteriak-teriak. Jika ada orang yang mencercanya atau memeranginya, maka ucapkanlah "Aku sedang berpuasa", demi zat yang jiwa Muhammad di tanganNya, sesungguhnya bau mulut orang berpuasa lebih wangi disisi Allah daripada bau Misk, orang yang berpuasa mempunyai dua kegembiraan, jika berbuka mereka gembira, jika bertemu Rabbnya, mereka gembira kerana puasa yang dilakukannya. "
(Riwayat al-Bukhari, 4/88, dan Muslim, no. 1151)

6. Puasa akan memberi syafaat kepada ahlinya di akhirat kelak.

Rasulullah saw bersabda :
"Puasa dan Al-Quran akan memberikan syafa'at kepada hamba di hari kiamat. Puasa akan berkata: "Wahai Rabbku, aku telah menghalanginya dari makan dan syahwat, maka berilah dia syafa'at keranaku..."
(Riwayat Ahmad, no. 6626, al-hakim, 1/554, dan Abu Nu'aim, 8/161)

7. Dibuka pintu ar-Rayyan bagi orang yang berpuasa.

Dari Sahl B. Sa'ad r.a, dari Nabi saw bersabda :
"Sesungguhnya dalam syurga ada satu pintu yang disebut dengan Rayyan, orang-orang yang berpuasa akan masuk di hari kiamat nanti dari pintu tersebut, tidak ada selain mereka yang memasukinya. Dikatakan: "Manakah orang-orang yang berpuasa?", tidak ada selain mereka yang memasukinya, maka jika telah masuk orang yang terakhir yang berpuasa, ditutuplah pintu tersebut."
(Riwayat al-Bukhari, 2/671, dan Muslim, no. 1152)


Sumber : INTIS Consultant




Friday, August 06, 2010

Hati ini milik siapa..


Saya bertanya kepada emak, mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang?

Mak jawab, kedua-duanya bukan..

Saya tercengang.. Mak mengukir senyuman.
Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah.. Saya menarik nafas dalam-dalam.
Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa? Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.

Rasanya, mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya.. Yang paling tahu hanya Allah..mak merenung dalam-dalam wajah anaknya. Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya..mak menyusun ayat-ayatnya. Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjokan
oleh seseorang tu..

Saya memintas, Tak faham..

Mak menyambung Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah.. Mak menyambung lagi, begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu..Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. Mak menyambung, Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki, jodoh dan maut sejak azali lagi.. Persoalannya ialah.. Siapakah jodohnya itu? mak berhenti seketika. Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Emak buat-buat tidak nampak.

Secret Admire

Kakak, mak dulu masa besar ada secret admire.. Rajin betul dia hantar surat..Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal..Dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah tokwan kena seksa dalam kubur.. Mak sedar mak anak yatim, anak orang
miskin, adik beradik ramai.. Mak nak belajar sungguh-sungguh. . Lama budak tu tunggu mak.. Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak.. Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu. Mak merenung jauh. Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..

Mak memang tak ada perasaan lansung pada dia ke? saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak. Emak ketawa kecil. Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu..

Mak takut pada Allah...

Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain.. Mak, seperti kakak..mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya. Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.

Mak anak ustaz ustazah.. Tapi zaman tu ustaz ustazah nya masih berkebaya pendek dan ketat. Tok wan mak kiyai. Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada sesiapa yang mendorong..

Bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung.. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji.. Sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya..Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung.

Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya.. emak melemparkan pandangan ke lantai. Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan.. sambung emak. Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.

Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak.. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak?

Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai
anak..mak menelan air liurnya. Saya diam. Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.

Adakah ia suatu diskriminasi?

Kakak..

Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh
cinta atau saling cinta mencintai..

Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin.. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya..

Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak. Emak meneruskan, Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya..

Sesungguh nya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnyam hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.

Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan.

Cuba kakak renungkan..

kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain.. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha
Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya. emak berhenti seketika..

Bukan luar biasa

Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini.

Kakak..

jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa. Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang.. Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia.

Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata. .

Kakak..

Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya. . Hanya Allah yang boleh memegangnya. . Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk
dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta.

Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti.

Redha

Kakak..

Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing.

Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak.. Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap
pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. Sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri.

Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat.

Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah..

Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah
untuk Dia pelihara..Emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya.

"Ya Allah, sungguh Ya Tuhan rasa yang kau ilham kan dalam kalbu ini amat menyakitkan. Pelihara diriku dari penyakit hati yang bisa menjauhkan aku dariMu juga hindari aku dari maksiat" doa kakak berserta sendunya.

Thursday, August 05, 2010

.:: Tenanglah jiwa, damailah hati ::.

Sudahlah. Jangan bersedih. Allah ada. Walaupun seluruh manusia meninggalkan kita. ~ Picture by minties of deviant art.

Sudahlah. Jangan bersedih. Allah ada. Walaupun seluruh manusia meninggalkan kita. ~ Picture by minties of deviant art.

Diasak dan diasak. Itulah dia keadaan manusia dalam mengharungi kehidupan. Diasak dengan pelbagai cabaran, mehnah dan tribulasi. Lain manusia lain halangannya. Masing-masing menghadapinya dan ada yang berjaya melepasinya. Tetapi tidak kurang juga yang tersungkur selepas kesukaran menghentamnya.

Tekanan dihadapi dari pelbagai arah. Mula dengan menyerabutkan kepala, kemudian menyerang jiwa dan hati. Akhirnya akal tidak mampu berfikir dengan baik dan hati mula tidak tenang. Rasa sukar. Kadangkala seakan hilang oksigen untuk bernafas.

Rasa tersepit di hujung dunia. Seperti matahari telah hilang cahaya gayanya.

Di sinilah kita perlu memujuk diri.

Tenanglah jiwa, damailah hati.


Rasa keperluan untuk berpaut?

Kita rasa gundah sangat. Kita rasa sakit sangat. Kita rasa kita perlukan tempat meluah rasa. Kita rasa kita perlukan ada orang memahami kita. Ya, kita manusia. Bukan android tanpa jiwa.

Tetapi kita tidak mampu menyuarakannya. Adakalanya orang pula tidak mengerti keadaan kita. Mereka hanya suka melihat kita tersenyum, tetapi menjauh apabila kita menitiskan air mata. Lebih buruk lagi, ada pula yang membenci apabila kita gembira, dan bersenang hati apabila kita berduka.

Namun kita adalah manusia. Ingin berpaut. Lemah dan hendak dipapah.

Siapa yang mampu mendengar semua kesedihan kita? Siapa yang hendak memahami?

“Atau siapakah yang mengabulkan (doa) orang yang dalam kesulitan apabila ia berdoa kepada-Nya, dan yang menghilangkan kesusahan dan yang menjadikan kamu sebagai khalifah di bumi? Apakah ada tuhan lain selain Allah? Sedikit sekali kamu yang memperhatikannya.” Surah An-Naml ayat 62.

Ya, sekali antara kita memerhatikan, meneliti, akan kasih sayang Allah kepada kita.

Rupanya, Allah sentiasa ada.

Membuka peluang untuk kita berpaut kepadaNya.

Tenanglah jiwa

“Demi waktu dhuha, dan malam apabila ia sunyi sepi(berakhir)” Surah Ad-Dhuha ayat 1&2.

Bagaimanakah waktu dhuha? Bukankah telah cerah? Ya. Cerah. Tiada sekelumit gelita ketika dhuha. Itulah dia sebenarnya apabila malam telah pergi.

Tidakkah kita melihat kepada Dhuha? Begitulah juga segala keperitan dan kesengsaraan yang kita hadapi, semuanya akan berhenti sebagaimana berakhirnya malam da digantikan dengan kecerahan dhuha yang tiada langsung kelam pada waktunya.

“Tuhanmu tidak meninggalkanmu, dan tidak pula Dia membenci” Surah Ad-Dhuha ayat 3.

MasyaAllah…

Tuhanmu tidak meninggalkanmu. Dan tidak pula Dia membenci.

Dugaan, cabaran, ujian, semuanya bukanlah bentuk kebencian Allah SWT. Hatta bala bencana yang menimpa juga hakikatnya dalam ruang kasih sayangNya yang luas. Dia ingin kita kembali kepadaNya, kerana kembali kepadaNya adalah satu-satunya cara mencapai kebahagiaan.

Allah tidak pernah meninggalkan kita. Allah Yang Maha Besar itu. Allah Yang Maha Hebat itu. Allah Yang Tiada Tandingan itu. Allah Yang Maha Kaya itu. Allah Yang Berkuasa Atas Segala-galanya itu. Allah Yang Menciptakan Segalanya itu.

Tidakkah jiwa terasa tenang?

Damailah hati

Tekanan itu milik Allah. Cabaran itu datangnya daripada Allah. Mehnah dan tribulasi semuanya diatur oleh Allah SWT. Tujuannya adalah untuk mendidik kita. Untuk mengangkat kita ke satu darjat yang lebih tinggi. Jika tidak, para Rasul dan nabi tidak akan diuji.

Allah ingin memerhatikan siapa antara kita mampu menjadi hambaNya yang terbaik.

Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yangterbaik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat); Surah Al-Mulk ayat 2.

Tetapi Dia tidak akan menguji tanpa memberikan bantuan dan sokongan.

“Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu? Dan Kami telah meringankan untukmu beban, yang memberati tanggunganmu,? Surah Asy-Syarh ayat 1-3.

Bukankah Kami yang telah melapangkan bagimu dadamu? MasyaAllah…

Allah, Allah, Allah.

“Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. Surah Asy-Syarh ayat 5-6.

Maka damailah hati. Selepas kesukaran kita yang sedang kita hadapi ini, percayalah akan ada kesenangan yang menanti.

Percayalah.

Penutup: Sudah.

Menyedari hakikat betapa kita diuji ini, kita sedang bersama Allah SWT, itu akan menambah kekuatan kita. Menyedari betapa kasihnya Allah kepada kita, itu akan melapangkan jiwa kita.

Ya. Memang payah apabila manusia lain tidak memahami penderitaan kita. Lebih pahit sekiranya manusia lain itu pula menuntut untuk kita memahami mereka. Tetapi itulah lumrahnya.

Tetapi Allah tidak demikian. Dia paling memahami. Dia paling mengetahui. Dia mendengar semua rintihan. Dia memberikan bantuan.

Sudah.

Tenanglah jiwa, damailah hati.

Allah akan membalasi kesabaran ini. Allah akan ganjari keperitan jiwa ini. Allah akan bayar semula kesusahan yang kita hadapi.

Yang perlu kita lakukan sekarang adalah bersabar, dan berusaha menghadapi serta menyelesaikan apa sahaja masalah yang menghampiri.

Copy from Langit Ilahi..Special Thanks to Hilal Asyraf Moga senantiasa dalam redha dan rahmat Allah swt.