Thursday, May 07, 2009

...Ibu....

Kebelakangan ini...kita terlalu sibuk dengan assignment, homework dan sebagainya. Dan tanpa kita sedari, kita terlupa serta alpa terhadap mereka yang terlalu menyayangi kita. Penat lelah mereka, jerit perih mereka yang telah mengandungkan kita selama sembilan bulan dan sepuluh hari. Tidak pernah sekalipun mereka mengungkit apatah lagi meminta jasa mereka dibalas. Mereka mempertaruhkan nyawa mereka, sanggup menggadaikan nyawa mereka semasa melahirkan kita ke dunia ini. Semasa kita masih bayi, seekor nyamuk pn x dibenarkan utk mendekati kita. Memenuhi segala kehendak kita sehinggalah kita dewasa. Segalanya demi anak-anak yang disayangi.

....Tapi.... pernahkah kita melafazkan secebis ucapan 'terima kasih' pada mereka? Pernahkah? Inilah mereka...insan yang bergelar ibu. Insan yang terkadangnya kita abaikan, pengorbanan mereka kita siakan. Merajuk dengan mereka hanya kerana apa yang kita mahukan tidak mereka penuhi.

Sempena Hari Ibu ini...ingin ana ketengahkan isu ini. kerana apa? kerana kaum ibu inilah yang sering tidak dipedulikan oleh anak2 pada zaman ini. Natijahnya, berapa ramai ibu, mummy, umi, dan mama yang ditinggalkan terkontang-kanting di umah org-org tua,umah kebajikan menghabiskan sisa-sisa usia mereka. Walhal mereka masih mempunyai anak-anak yang pekerjaannya xkurang hebatnya. Tapi xsudi menjaga mereka. Sibuk dengan pekerjaan menjadi faktornya.

Tidak terfikirkah kita yang suatu waktu dahulu, ibu inilah yang membanting tulang turun ke sawah, menoreh getah pada dinihari hanya utk sesuap nasi utk anak2. Tiada istilah lelah dan penat dalam diri mereka. Tidak pernah mereka memberi alasan sibuk dengan bekerja. Penat di bendang belum pun hilang, pulang ke rumah teru meluru ke dapur menyediakan juadah khas buat suami dan anak-anak yang dikasihi.

Hargailah mereka semasa mereka masih ada. Sayangilah mereka seadanya. Berbaktilah pada mereka selagi ada hayat kita. Jangan tunggu sehingga mereka terbaring kaku baru hendak menghargai mereka.

Buat sahabat2 yang terlupa tentang bilakah sebenarnya Hari Ibu, ingin disini ana kongsikan bahawa Hari Ibu jatuh pada 10 Mei 2009. Bagi ana, xkan nk tunggu 10 Mei stiap tahun baru nk ucapkan Terima Kasih dan menghargai jasa ibu. Selagi nyawa dikandung badan, selagi mereka masih di sisi kita teruslah menghargai dan membahagiakan mereka. Ungkapkan kepada mereka bhw kita amat menyayangi mereka.

Buat semua insan yang bergelar ibu, Syukran jazilan..Seinfiniti terima kaseh atas segalanya. Semoga dirimu sentiasa dalam rahmat Allah. Angah Sayang umi...