Thursday, December 10, 2020

2020

 2020 Masih menanti kereta terbang atau tercungap mencari cinta Tuhan?

Tuesday, December 12, 2017

Untuk Dua Tahun Kebelakangan

Tiada kata harusku lafazkan

Untuk ku menyatakan cintaku pada mu

Hembusan kasih antara benua..

haih.. menyanyi pulak dah haih..
.
.
Assalamualaikum w.b.t.
.
Masih ada yang rindu posting mengarut dari blog bersawang ni ke?  hahaha.. perasan tak habis.
.
Dua tahun menyepi..
Dua tahun yang merubah segalanya
Yang menyentap tangkai jiwa
Yang menguji keimanan kepadaNya
Yang mengandai kesabaran tiada taranya
.
tapi sungguh.. tanpa izin dari Allah.. tidak aku sekuat ini.. masih mampu berdiri tersenyum begini..
.
Berpegang teguh dengan janji Allah azza wajalla. Everything happen for a reason. live it to Allah and Redha atas segalanya. Maka... apa sahaja ujian yang ditimpakan ke atas kalian.. sabar dan berdoalah memohon pertolongan dari Allah. Semoga hati-hati kita senantiasa dekat dengan Allah amiin ya rabbal alamin.
.
Sekarang xguna ummu ammar lg dah.. masih menanti ammar kiriman Allah. Kak Ed dah sekarang. Profession pun dah tukar. Bukan lagi seorang pelajar, tetapi seorang Independant Beauty Consultant kepada company yang telah 15 tahun berada di dunia iaitu Mary Kay dan suri rumah sepenuh masa menemani umi yang diserang stroke 6 bulan lepas. Doakan umi saya kembali sihat dan berjalan seperti biasa ya.

.
Love,
Kak Ed


Sunday, May 03, 2015

Luahan rasa yang terbuku di pantai jiwa

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Tatkala malam ingin berpenghujung
Mata ini tetap tidak mahu lelap.. Memikirkan Mira dan Qila.. dua beradik yang menjadi yatim piatu serta merta. Tanpa pamitan jua permintaan.. (Kes dikhabarkan 6 kereta Myvi yang berlumba di lebuhraya Duke lalu melanggar atau terlanggar sebuah pajero yang dinaiki kdua-dua ibubapa Mira dan Qila). Innalillahi wainna ilaihi rajiun..

huh.. mengeluhkah aku..? Dunia semakin kejam atau seisinya yang sudah tidak lagi punya hati dan perasaan.. Memikirkan apalah nasib dua beradik itu. Masih terdengar esak tangis si kakak menerusi video yang mula diviralkan di FB juga youtube.

Terdengar surah al-fatihah yang disedekahkan kakak buat papa dan mama..

"Papa dan takde....." (hoho.. part ni memang berlinang airmata den)!

Den yang dah nk masuk three series ni pun boleh teriak kalo mai rindu yang teramat sangat kt ummi abah, ni pulak kan kakak dan adik tu.. Den boleh lah p beli tiket teruih balik kuantan.. Depa dua..??? huhuhuhu... uwaaa...

Mama faham kesedihan mu wahai puteri-puteri sayang..

Mira dan Qila kesayangan ku... Sini mama pujukkan.. meh sini mama nk ceritakan;

Allah ambil mama, papa dan adik baby sebab Allah sayangkan mereka, tapi Allah juga sayangkan kakak dan adik.. Papa, Mama, dan adik baby sedang menunggu kakak dan adik di syurga. Jadi.. kakak dan adik jadilah anak-anak yang solehah yang senantiasa mendoakan mereka agar kakak dan adik boleh jumpa mereka di syurga. Jadi.. kakak kene kuat.. sebab kakak kene jaga adik. Kakak dan adik kene saling menguatkan.. Tabah lah sayang.. Sabarlah.. dan tenang lah..

Semoga senantiasa dalam jagaan dan kasih sayang Allah sayang...

Regard,
Mama Ammar Hanzalah

Mati...
Sama ada kita ingat mati..
atau
Bahagia dengan duniawi tanpa tangsung ingat akan mati..
Kita tetap akan mati..

Sama ada kita bersedia utk mati
atau
tidak pernah membuat persediaan untuk mati
Kita tetap akan mati..

Pilihan lagi..
Sama ada ingin mati dgn pengakhiran yang baik
atau..
ingin mati sia-sia..

Semua nya tentang pilihan
live well or go to hell
you choose!