Sunday, May 03, 2015

Luahan rasa yang terbuku di pantai jiwa

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Tatkala malam ingin berpenghujung
Mata ini tetap tidak mahu lelap.. Memikirkan Mira dan Qila.. dua beradik yang menjadi yatim piatu serta merta. Tanpa pamitan jua permintaan.. (Kes dikhabarkan 6 kereta Myvi yang berlumba di lebuhraya Duke lalu melanggar atau terlanggar sebuah pajero yang dinaiki kdua-dua ibubapa Mira dan Qila). Innalillahi wainna ilaihi rajiun..

huh.. mengeluhkah aku..? Dunia semakin kejam atau seisinya yang sudah tidak lagi punya hati dan perasaan.. Memikirkan apalah nasib dua beradik itu. Masih terdengar esak tangis si kakak menerusi video yang mula diviralkan di FB juga youtube.

Terdengar surah al-fatihah yang disedekahkan kakak buat papa dan mama..

"Papa dan takde....." (hoho.. part ni memang berlinang airmata den)!

Den yang dah nk masuk three series ni pun boleh teriak kalo mai rindu yang teramat sangat kt ummi abah, ni pulak kan kakak dan adik tu.. Den boleh lah p beli tiket teruih balik kuantan.. Depa dua..??? huhuhuhu... uwaaa...

Mama faham kesedihan mu wahai puteri-puteri sayang..

Mira dan Qila kesayangan ku... Sini mama pujukkan.. meh sini mama nk ceritakan;

Allah ambil mama, papa dan adik baby sebab Allah sayangkan mereka, tapi Allah juga sayangkan kakak dan adik.. Papa, Mama, dan adik baby sedang menunggu kakak dan adik di syurga. Jadi.. kakak dan adik jadilah anak-anak yang solehah yang senantiasa mendoakan mereka agar kakak dan adik boleh jumpa mereka di syurga. Jadi.. kakak kene kuat.. sebab kakak kene jaga adik. Kakak dan adik kene saling menguatkan.. Tabah lah sayang.. Sabarlah.. dan tenang lah..

Semoga senantiasa dalam jagaan dan kasih sayang Allah sayang...

Regard,
Mama Ammar Hanzalah

Mati...
Sama ada kita ingat mati..
atau
Bahagia dengan duniawi tanpa tangsung ingat akan mati..
Kita tetap akan mati..

Sama ada kita bersedia utk mati
atau
tidak pernah membuat persediaan untuk mati
Kita tetap akan mati..

Pilihan lagi..
Sama ada ingin mati dgn pengakhiran yang baik
atau..
ingin mati sia-sia..

Semua nya tentang pilihan
live well or go to hell
you choose!

No comments: