Tuesday, August 17, 2010

Rasulullah saw bersahur..

Salam'alaik..

Alhamdulillah wa syukurillah.. 3 Ramadhan 1431H bermakna sudah 3 hari kita menjalani ibadah puasa dan sudah 3 kali kita bersahur. Tetapi seringkali apabila ditanya pada sahabat dan teman mengenai sahur, rata-ratanya tidak menitik beratkan soal bersahur. Walhal sahur itu salah satu perkara yang tidak wajar untuk ditinggalkan. Ada sebab dan hikmahnya mengapa Rasulullah menyeru seluruh umatnya untuk bersahur.



  • Hikmah bersahur.

Dari Amr b. 'Ash r.a bahawasanya Nabi saw bersabda " Pembeza antara puasa kita dan puasanya ahli kitab adalah makan Sahur". (Riwayat Muslim, no.1096)

  • Keutamaan bersahur.
    • Dari Abdullah b. Al-Harith, dari seorang sahabat Rasulullah saw "Aku masuk menemui Nabi saw ketika itu beliau sedang makan sahur, lalu beliau bersabda: "Sesungguhnya makan sahur itu adalah barakah yang Allah berikan kepada kalian, maka janganlah kalian tinggalkan." (Riwayat Nasaii, 4/145 dan Ahmad, 5/270)


    • Dari Abu Sa'id al-Khudri r.a bahawasanya Rasulullah saw bersabda: "Sahur itu makanan yang barakah, janganlah kalian tinggalkannya walaupun hanya meneguk seteguk air kerana Allah swt dan malaikatNya berselawat kepada orang-orang yang sahur." (Riwayat Ahmad, 3/12)



  • Makanan terbaik ketika bersahur.

Rasulullah saw bersabda : "Sebaik-baik sahurnya seorang mukmin adalah kurma." (Riwayat Abu Daud, 2/303, Ibn Hibban, no. 223, dan al-Baihaqi, 4/237)



Anas r.a meriwayatkan dari Zaid b. Thabit r.a bahawasanya dia berkata: "Kami makan sahur bersama Rasulullah saw kemudian baginda solat. Aku bertanya (kata Anas): "Berapa lama jarak antara azan dan sahur?", Zaid menjawab: "Kira-kira seperti membaca lima puluh ayat Al-Quran." (Riwayat Bukhari, no. 1821, dan Muslim, no. 1097)


  • Waktu bersahur.

Dari Sahl b. Saad r.a ia berkata: "Ketika turun ayat: "Makan dan minumlah kalian sehingga jelas bagi kalian benang putih dari benang hitam. (Surah Al-Baqarah, ayat 187). Jika seseorang ingin berpuasa, maka ia mengikatkan benang hitam dan putih dikakinya, dia terus makan dan minum sehingga jelas dalam melihat kedua benang tersebut. Kemudian Allah swt menurunkan ayat: "iaitu fajar". Mereka akhirnya tahu yang dimaksudkan adalah malam dan siang." (Riwayat Bukhari, 2/667, dan Muslim, 2/766)

*Terdapat 2 jenis fajar:

  1. Fadjar Kadzib berwarna putih dan bagi mereka yang berpuasa, masih lagi dibenarkan untuk makan.
  2. Fajar Sodiq (RIwayat Ibn Khuzaimah, 3/210, Al-Hakim- Berwarna kemerah-merahan dan waktu ini bermulalah larangan makan dan minum bagi mereka yang berpuasa., 1/191 dan 495, Daru Qutni, 2/165 dan Al-Baihaqi, 4/261)


Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah saw bersabda : "Puasa bukanlah (menahan) dari makan, minum (semata-mata), tetapi puasa itu menahan diri dari perbuatan sia-sia dan keji. Jika ada orang yang mencelamu, katakanlah: "Aku sedang berpuasa".

(Hadith riwayat Ibn Khuzaimah dalam sahihnya no. 1996, dan al-Hakim dalam al-Mustadrak, 1/430-431)



2 comments: