Salam'alaik...sudah lama benar kubiarkan laman ini tanpa coretan mahupun ilmu yg blh ku kongsikan buat kalian..nampak x sawang penuh..? ..ngee~~ Alhamdulillah..msh berkesempatan utk meluangkan sdikit masa utk meneruskan hobiku yg satu ini - baca novel -
Dan..novel yg baru saja ku khatam beberapa jam yang lepas...bertajuk "Lili buat Najah" karya Nazurah Aishah terbitan Jemari Seni.
Pada awalnya..ingat Najah itu heroin..rupanya tekaan ku tersasar.. Najah..Shahrun Najah nama nya..seorang lelaki.. tidak mengapalah..ku teruskan penerokaan kehidupan dalam ceritera ini.. Sungguh novel ini penuh senyum tawa duka derita.. dan ia mengingatkan aku pada kehidupan ini bahawa tidak semua yang kita impikan akan menjadi kenyataan..
Najah - lelaki yg hatinya penuh dengan k/sayang terutama buat isteri tercinta..kasih buat ibu membuatkan hatinya tidak tenteram tanpa restu ibu dalam rumah tangganya..
Nur Natasha Ameera - wanita yg sangat2 memahami. Sanggup berkorban apa saja mengalah demi kebahagiaan insan tersayang..
Mahligai cinta milik Tasha dan Najah penuh cinta! Namun di pengakhirannya terputus jua kerana kehendak Ilahi (part ni mmg sy nangis teruk!) Najah pergi buat selamanya..
Almost perfect citer yg kak naz garapkan..menusuk jiwa menikam kalbu sungguh..
Allahu Allah..sungguh xdapat nk dibayangkan andai ku berada di tempat Tasha..
To Kak Naz..thanks sbb mengingatkan ku berkenaan dgn kehidupan.. Utk ku menghargai insan2 disekelilingku..insan yang ku sayang..berbaktilah pada org2 di sekeliling kita selagi mereka masih ada..
Thanks again utk mengingatkan ku bahawa doa itu senjata org mukmin.. (Tulusnya doa Tasha dan Najah yg tidak henti-henti moga Allah bukakan pintu hati mama utk menerima perkahwinan mereka). ya..hati manusia itu Allah yg pegang. Kunci hati insan hanya pada Allah. Maka..hanya pada Allah yg layak kita mohon pertolongan..sejauh mana kebergantungan kita pada Allah. Wahai insan..berdoalah selagi mana lidah dan hatimu masih mengakui Esa nya Allah. Allah Maha Mendengar Maha Mengasihani.
‘Dan apabila hamba-hamba Ku bertanya kepadamu tentang Aku, sesungguhnya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepadaKu, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.’ (Al-Baqarah 2:186)
Utk kak Naz lg... teruskan menulis kak. Teruskan menyampai risalah-risalah dakwah melalui coretan kehidupan dalam novel akak.. Sekalung doa buatmu agar berjaya dalam dunia penulisan.. =)
1 comment:
Saya perlukan kasih sayang awak.... sy nak awak ada di sebelah sy...
Post a Comment