Thursday, June 26, 2008

:: Sakitnya Rindu Ini ::

Saat ku menatap wajahmu, tiba-tiba hati ini menjadi sayu, jiwa ini pilu.Malu pabila memikirkan betapa teganya aku meninggalkan mu walhal hidup ini pastinya sunyi dan tidak bererti tanpa menyapan mu saban hari. Dulu pernah ku katakan bahawa kaulah segalanya. Kaulah nyawaku, kaulah nadi ku. Engkau bisa memberiku ketenangan.

Tapi entah kenapa..tidak tahu ape yang telah merasuk fikiran dan diri ini, aku telah meninggalkan mu. Bila ku gembira, sihat, dan ape yang aku mahu...Tiba2 aku lalai..Aku lupa padamu. Astaghfirullah... Biarpun aku terlalu gembira dengan ap yg aku ada, tapi aku merasakan masih ada yang kurang, seperti ada yang tidak kena. Jiwaku kosong, hatiku seakan-akan mati..Aku mencari dan terus mencari ape yg menyebabkan aku begini. Seperti rindukan seseorang...

Suatu malam..aku tidak dapat tidur. Biarpun aku telah memejamkan mata ini serapat-rapatnya, doa tidur sudah kubaca, zikir dan sebagainya, mata ini tetap xmahu tutup. Aku hanya memandang sekeliling bilik tidurku yang gelap gelita...Dan.... akhirnya aku ternampak satu objek..

Sesuatu yang pernah aku tinggalkan berminggu-minggu lamanya. AL-QURANUL KARIM. saat itu aku juga air mata ini mengalir.. Mengalir yang tiada hentinya. Bertapa aku rindukan Al-Quran..Bertapa aku rindukan Kalam Allah yang Satu itu, yang selama ini membuatkan aku rasa hidup ini BerTuhan. Yang selama ini mengingatkan aku tentang dosa pahala tentang indahnya syurga juga seramnya berada di neraka. Yang seringkali memberikan segenap ketenangan bila membacanya.

Syukur Alhamdulillah..terima kasih Tuhan.......kerana masih ada rasa kasih terhadap hambaMu yang dhaif lagi hina ini. Kini aku tahu ape yang telah membuatkan aku kucar-kacir walaupun aku hidupku punya segalanya.

Baru aku tahu bertapa peritnya hidup bila berjauhan dari Pencipta. Serba xkena jadinya..
"YaAllah...berikanlah Petunjuk dan HidayahMu kepada kami agar kami tidak lalai dalam mengerjakan ibadah terhadapMu, kurniakanlah kepada Kami cahaya MaghfirahMu, ampunkanlah segala dosa-dosa kami yang telah lepas dan juga yang akan datang, berikanlah penyelesaian bagi setiap masalah, masalah kewangan, masalah kesihatan, masalah pembelajaran mahupun masalah hati YaRahman, Hidupkan dan matikanlah kami dalam ISLAM serta hidupkan dan matikan kami dalam IMAN dan jauhkanlah kami dr fitnah DAJJAL serta jauhkanlah kami dari azab api neraka." Ameen Ya Rabbal 'alamin

No comments: