Friday, August 26, 2011

UA : Cabaran 50 Buku : (5) Akademi Ramadan Menuju Puncak Taqwa



UA : Cabaran 50 Buku : (5) Akademi Ramadan Menuju Puncak Taqwa
Judul : Akademi Ramadan Menuju Puncak Taqwa
Penulis : Abdul Razak Muthalib
Terbitan: PTS Islamika Sdn. Bhd.
Halaman: 64 m/s
ISBN : 978-967-366-090-2
Terbitan pertama 2011

Kulit belakang novel :

Akademi Ramadan terbuka buat semua!

Penerimaan kemasukan hanya setahun sekali,

Pelajar perlu bersedia daripada segi rohani dan jasmani,

Tujuan akhir adalah kembali kepada fitrah insani,

Menjadi hamba yang taat kepada Tuhan langit dan bumi.

Akademi ini mengajar erti kehidupan!

Tiada beza darjat dan harta,

Miskin dan kaya dirai serupa,

Asal hati redha menerima,

Terus berusaha sedaya upaya.

Sesungguhnya akademi Ramadan adalah hadiah daripada pencipta kepada hamba-hambaNya.

Bicara Ummu Ammar :

UA berubah angin seketika mencari sedikit ilmu sebagai penerang hati penyujian jiwa. Andainya hati ini bisa dilihat oleh mata kasar, mungkinkah dipenuhi dengan tompok-tompok hitam disebabkan oleh dosa yang dilakukan. Dan Alhamdulillah, Allah mengilhamkan untuk UA membaca buku ini. Buku nukilan seorang pensyarah muda ini begitu mudah difahami dan terus meresap ke dalam hati yang sedang mencari dan terus mencari cinta, kasih, dan redha dariNya. Akademi Ramadan menuju puncak Taqwa nama diberi. Bukan hanya Akademi Fantasia, Akademi Al-Quran, Pusat Akademi Memandu yang memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar, tetapi Akademi Al-Quran turut memerlukan persediaan rapi yang selalunya dipandang enteng oleh sesetengah golongan manusia.

Dimulakan dengan minggu suai kenal bersama “Ramadan” lalu disuakan dengan berita-berita gembira bagi mereka yang berpuasa. Ganjaran pahala dan syurga abadi menanti bagi insan-insan yang berpuasa. Fitrah manusia, jika diberi pilihan sama ada untuk mengetahui tentang sesuatu yang baik mahupun tidak baik, pasti memilih yang baik, menggembirakan dan membahagiakan.

Peraturan dan undang-undang khas yang wajib dipatuhi sepanjang berada dalam akademi Ramadan ini merujuk kepada perkara-perkara yang membatalkan puasa dan sebagainya. Buku ini sangat bagus untuk semua peringkat umur.

Apa yang membuatkan UA suka sangat dengan buku ini ialah saiznya yang kecil dan UA boleh membawa ke mana sahaja disamping ilmu yang disampaikan dikuatkan lagi dengan hadith-hadth sahih membuatkan UA sangat merasai Ramadan kali ini. Hadith-hadith palsu turut disertakan didalam buku ini agar kita terus berhati-hati dengan sesuatu hadith yang kita dengar. Bukannya kita tidak boleh beramal dengan hadith-hadith palsu ini tetapi ia bagi mengelakkan dan menghapuskan pendustaan terhadap Rasulullah saw.

Sungguh puasa itu mendidik jiwa. Puasa itulah yang akan mengelakkan kita dari melakukan maksiat, berbelanja secara berlebihan dan sebagainya. Ibadah puasa menjadi perisai untuk mengekang pengaruh syaitan yang sering membawa kita ke kancah dosa.

Ramadan itu bulan “pesta ibadah”. Mengapa UA katakan ia sebagai pesta ibadah..? kerana pada bulan mulia inilah kita dapat lihat semua manusia berbondong-bondong ke masjid untuk menunaikan Solat Tarawih, masa “lunch” disibukkan dengan berlumba-lumba untuk mengkhatamkan Al-Quran walhal sebelum bulan Ramadan, amat payah untuk dihabiskan waima satu juzuk. Mereka yang tidak solat juga tidak menutup aurat turut berpuasa. Indahkah Ramadan itu…? Kerana Ramadan itu anugerah terindah buat kita dari Rabbul Izzati.

p/s : mungkinkah ini Ramadan terakhir kita..? Semoga bertemu dengan malam Al-Qadar dan puncak taqwa yang dicari.. Ameen

Khas buat sang penulis muda : Ustaz.. teruskan menulis. Teruskan menyampaikan dan berkongsi ilmu dengan kami yang sangat dahagakan ilmu.. :)

No comments: